Status isteri tidak pernah menghalang pelakon Bollywood popular ini terus ligat dengan karier seninyaSTATUS sebagai isteri nampaknya terus memberi tuah terhadap karier seni Aishwarya Rai Bachchan yang mesra dengan panggilan Ash ini.Selepas mengikat kontrak dengan filem-filem hebat bersama Mani Ratnam, Sanjay Leela Bhansali dan sebuah filem bersama produksi Farhan Akhtar-Ritesh Sidhwani, kini impiannya untuk bekerjasama dengan Vishal Bharadwaj akan menjadi kenyataan. Ash cukup mengagumi hasil kerja Vishal selama ini. Vishal mula berjinak-jinak di dalam bidang pengarahan sejak tahun 2002 menerusi filem Makdee, sebelum meneruskan dengan filem-filem seperti Maqbool dan Omkara.Vishal dikatakan telah pun 'melamar' Ash untuk membintangi filem terbarunya, Timbuctoo, tetapi masih tiada perkembangan lanjut tentang filem tersebut.Pengarah itu ketika ini sibuk dengan penggambaran filem Kaminey dan dijangka akan memulakan filem terbarunya itu bersama Ash sekitar akhir tahun ini."Saya dan Vishal memang ingin bekerjasama sejak dia menjadi komposer muzik saya dalam sebuah projek sebelum ini. Kami saling berjanji bahawa saya akan berlakon di dalam filemnya jika satu hari nanti dia bergelar pengarah."Memang saya cukup mengagumi hasil kerjanya. Tetapi dia menegaskan bahawa kami hanya akan bekerjasama apabila dia merasakan projeknya itu sesuai dengan saya."Vishal menunjukkan skrip itu kepada saya dan memang saya merasakan filem ini cukup sesuai untuk kami kembali bekerjasama," kata Ash.