suria

Watak isteri panas baran bawa tuah pada Cruz

Penampilan Penelope Cruz di malam Oscar persis seperti seorang puteri,
Penampilan Penelope Cruz di malam Oscar persis seperti seorang puteri,
Penampilan Penelope Cruz di malam Oscar persis seperti seorang puteri,

KALAU tidak kerana watak isteri panas baran bernama Maria Elena, mungkin impian memegang Oscar akan tinggal mimpi saja bagi Penelope Cruz, yang diangkat menjadi 'Aktres Pembantu Terbaik' di majlis Oscar kelmarin.

Semuanya kerana kebijaksanaan pengarah Woody Allen yang memberi peranan itu kepada Cruz untuk filem "Vicky Cristina Barcelona".

Kemenangan itu sekaligus meletak nama Cruz di mercu, sebagai aktres berbangsa Spain pertama memenangi oscar berprestij itu. "Vicky Cristina Barcelona" menceritakan kisah dua orang wanita Amerika - Vicky (dibintangi Rebecca Hall) dan Cristina (Scarlett Johansson), yang menghabiskan musim panas di Barcelona, dan membuat hubungan romantis dengan Juan Antonio (Javier Bardem), pelukis kacak yang masih mempunyai hubungan dengan bekas isterinya yang panas baran, Maria Elena (Cruz).

Namun ini bukan kali pertama Cruz mendapat pencalonan di Oscar, Kali pertama ialah menerusi filem "Volver" di bawah arahan pengarah Spain Pedro Almodovar. "Saya tidak tahu bagaimana hendak mengucapkan terima kasih kepada Woody kerana memberikan saya satu watak yang cukup baik," kata Cruz ketika diminta memberi ucapan kemenangan.

Cruz turut merakam rasa terima kasih kepada Bigas Luna, Fernando Trueba dan juga Almodovar.

"Saya ingin menyampaikan rasa kasih saya kepada kedua ibu bapa, abang dan adik perempuan saya, sahabat saya Robert Garlock, yang kini tidak ada bersama kita lagi. Mereka ini telah banyak membantu saya sejak dari mula. Terima kasih yang tidak terhingga," jelas aktres berusia 34 tahun itu.

"Saya dibesarkan di satu tempat bernama Alcobendas, di mana mimpi memenangi Oscar seperti ini tidak berlaku. Saya ingat lagi bagaimana saya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton Anugerah Akademi.

"Bagi saya ini lah masanya kita melihat bagaimana dunia bersatu. Ini adalah kerana seni walau bagaimana sekalipun rupanya, ia akan tetap menjadi bahasa universal dan kita perlu memelihara ini," kata Cruz.

Saingan Cruz untuk Oscar tahun ini ialah Amy Adams dan Viola Davis, untuk watak dalam filem "Doubt", Taraji P. Henson "The Curious Case of Benjamin Button" dan Marisa Tomei untuk "The Wrestler".

Filem ini telah dirakamkan di Barcelona dan Oviedo. Kedua-dua Bardem dan Cruz, memberi lakonan yang cukup cemerlang.

Artikel Sebelum

'Saham' Dina makin naik!

Artikel Lain