Bekas teman Sushmita marah dengan sikapnya. BEKAS kekasih Sushmita Sen, Randeep Hooda amat marah dengannya. Randeep tidak suka cara Sushmita memburuk-burukkan filem ‘Karma Aur Holi’ yang dibintangi oleh mereka berdua.Kononnya, Sushmita mendakwa produser filem itu cuba mempromosi filem itu dengan mengirim cerita-cerita panas dan mahukan babak kamar tidur antara dia dan Randeep dibuang. Dia juga memberi syarat kepada produser bahawa dia tidak mahukan Randeep ada bersamanya ketika promosi filem.Randeep juga mendakwa Sushmita pernah berkata, "filem ini bukanlah sebuah filem yang boleh dibanggakan."Sebenarnya, apa yang membuat Sushmita bengang ialah apbila treler filem ini asyik memutarkan adegan asmara dia dengan Randeep.Setelah lama bersabar, akhirnya Randeep bersuara.Katanya, "Jika awak tidak mahu promosi filem ini tidak mengapa tapi janganlah sampai memburuk-burukkan filem ini. Ini tidak profesional langsung."Saya tidak pula nampak sebarang promosi yang dikatakan panas itu," kata Randeep.Nampaknya bukan saja Randeep yang marah dengan tindakan Sushmita tapi pelakon pembantu Suchitra Krishnamoorthy juga tidak gemar akan perlakuannya itu.Bekas isteri Shekhar Kapoor ini memberitahu, banyak adegan di dalam skrip dipotong atas permintaan Sushmita."Kalau tidak suka, kenapa hendak berlakon dalam filem ini."Banyak perkara yang dia buat yang menyebabkan kami tidak puas hati dan pihak produksi juga banyak membazir wang untuk puaskan hatinya seorang," kata Suchitra.