suria

Watak klise membosankan keluarga Miller

Bukan saja keluarga malah Miller sendiri sudah bosan dengan watak klise yang diberikan kepadanya.
Bukan saja keluarga malah Miller sendiri sudah bosan dengan watak klise yang diberikan kepadanya.
Bukan saja keluarga malah Miller sendiri sudah bosan dengan watak klise yang diberikan kepadanya.

TIADA lagi watak mati atau penagih dadah dalam filem untuk aktres Britain Sienna Miller. Dan orang yang paling gembira dengan perkembangan ini ialah ibu dan ayah Miller sendiri.

Menurut satu laporan akhbar, keluarga Miller sudah bosan dengan watak yang dimainkan oleh anaknya.

Sampai satu ketika keluarga Miller sudah penat melihatnya membawa watak yang klise. Kini, mereka tidak sabar-sabar untuk melihat watak terbaru Miller didalam filem "G.I Joe".

Miller sendiri terpaksa mengakui hakikat kebenaran ini.

Katanya,"Sudah sampai masanya saya membawa watak yang berlainan, bukan watak 'nervous breakdown' atau terpaksa mati diakhir cerita.

"Saya mahu orang terhibur melihat lakonan saya dan bukan bersedih. Orang tua saya juga sudah bosan hingga mereka kata, "tolonglah berhenti. Jangan bawa watak yang sama itu lagi. Ianya seperti membunuh kami."

Miller benar-benar terhibur di set pengambaran G.I. Joe. Filem ini menelan belanja yang besar itu dan mempunyai kru yang ramai, juga banyak pula letupan berlaku di sekeliling anda.

"Saya betul-betul terperanjat melihat begitu banyak letupan. tapis etelah sekian lama, rasa terhibur pula," kata Miller.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain