Enrique serik minum wain dari Britain.PENYANYI terkenal Enrique Iglesias tidak mungkin akan menjamah alkohol dari Britain lagi selepas minuman itu menyebabkan dia cirit birit.Anak kepada penyanyi Julio Iglesias ini berkata, mukanya merah padam apabila mencuba air wain, yang mempunyai rasa panas dan agak berempah itu sewaktu dia berkunjung ke Britain tahun lepas. "Kalau saya keluar saya mesti akan dapat masalah kerana saya akan minum alkohol," katanya apabila ditemuramah oleh hos bualbicara Britain Paul O'Grady."Awak tahu tak rasa wain yang saya minum itu macam mana? Wain panas yang rasa macam ubat."Ia membuat saya sakit dan mendapat cirit birit. Sungguh dasyat. Dahlah mabuk, cirit birit pula," kata Enrique.