Hubungan Jade Goody dan Shilpa Shetty baik walaupun pernah bergaduh satu ketika dulu.AKTRES Bollywood Shilpa Shetty berharap sangat dapat berjumpa dengan sahabatnya Jade Goody untuk kali terakhir.Namun, Shilpa pulang kehampaan apabila dia tiba ke kediaman Jade di Essex menaiki jet. "Saya tidak akan berputus asa. Saya akan tetap cuba untuk berjumpa dengannya walaupun dia kini terlalu lemah kerana diberi banyak ubat," kata aktres seksi itu."Saya rasa sungguh sedih. Kalaulah saya datang lebih awal dua harilalu, mungkin saya dapat berjumpanya."Jade sungguh istimewa di hati saya kerana secara tidak langsung, dia membuat saya jadi terkenal di Britain," kata Shilpa.Jade kini sedang bertarung dengan maut setelah kanser pangkal rahimnya merebak ke seluruh badan.Doktor berkata, jangka hayat Jade hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi.Kedua mereka sudah lama menjalin hubungan semula setelah pertelingkahan dalam program realiti 'Celebrity Big Brother' apabila Jade membuat kenyataan berbaur perkauman.Shilpa berasa bersalah tidak dapat menghadiri perkahwinan Jade, 27 tahun dengan suaminya, bekas banduan Jack Tweed kerana terikat dengan komitmen lain.Namun Shilpa tetap mahu mengotakan janjinya kepada Jade yang juga ibu kepada dua orang anak itu sebelum terlambat!