suria

Diet 'liquid detox' buat Jolie kurus melidi

ANGELIAN JOLIE....dah kurus, nak kurus lagi.
ANGELIAN JOLIE....dah kurus, nak kurus lagi.
ANGELIAN JOLIE....dah kurus, nak kurus lagi.

DEK kerana ingin sangat hendak kurus melidi, aktres Angelina Jolie telah berusaha membuang lemak badannya sebanyak 21 paun dalam masa 21 hari saja bagi menghayati watak dalam filem barunya 'Salt'.

Tindakan Jolie telah menyebabkan ramai pengamal kesihatan risau tentang diet yang diamalkannya kononnya Jolie telah mencuba sejenis diet yang dinamakan 'liquid detox'.

Dalam filem itu, Jolie membawa watak ejen CIA bernama Evelyn Salt yang terpaksa menyamar menjadi seorang lelaki.

Menuurt sumber terdekat, Jolie yakin dapat membawa watak itu hanya jika dia dapat 'membuang' semua lekuk seksi pada bentuk badannya.

Tapi bila bintang 'Tomb Raider' ingin meneruskan niatnya untuk kurus lagi, ramai yang menyuarakan rasa bimbang mereka.

Diet amalan Jolie yang berbentuk jus limau, lada hitam cayenne dan sirap maple, akan membuat badannya lemah.

"Jolie buat semua stuntnya sendiri tapi apa yang kami risaukan ialah takut dia akan tercedera seandainya berat badannya terlalu susut," kata sumber itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain