Haziq mensasarkan untuk bergelar seorang komposer dan penyanyi yang berjaya selepas lima tahun dari sekarang. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ“SIAPALAH saya jika ingin dibandingkan dengan Datuk Siti Nurhaliza,” luah penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 4, Hazwan Haziq Rosebi atau Haziq apabila album dan lagunya, Zapin Suri tercalon dalam Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM 16).Haziq yang popular dengan lagu berirama tradisional tercalon dalam kategori Album Pop Etnik Terbaik menerusi album Zapin Suri yang diterbitkan oleh S. Atan, Pak Ngah, Arab dan Sham Kamikaze serta Lagu Pop Etnik Terbaik. Dalam kedua-dua kategori tersebut, Haziq bakal bersaing dengan Datuk Siti Nurhaliza atau Siti yang mempertaruhkan album Lentera Timur menerusi lagu Di Kayangan Kita dan Di Taman Teman.“Saya tak harapkan kemenangan bagi kedua-dua kategori itu kerana mempunyai pesaing seperti Datuk Siti.“Bagaimanapun, saya merasakan saingan yang sihat kerana sekurang-kurangnya masih ada pihak yang mahu memartabatkan lagu-lagu etnik kreatif. Saya gembira sangat-sangat dengan pencalonan ini,” ujar Haziq yang sedang melanjutkan pengajian di Kolej Lim Kok Wing dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Bunyi.Menurut Haziq, dia mengikuti pengajian di situ selama dua tahun dan kini baru memasuki semester kedua.“Walaupun sibuk dengan pengajian, saya masih aktif dengan persembahan nyanyian. Jika ada tawaran menyanyi, saya akan cuba minta ‘excuse’ kelas dan selepas itu saya akan ‘pick up’ balik pelajaran yang tertinggal dengan pensyarah dan rakan-rakan.Mula belajar cipta laguHaziq berkata salah satu matlamatnya mendalami dunia muzik adalah untuk bergelar seorang komposer dan penyanyi yang berjaya selepas lima tahun dari sekarang.“Sekarang, saya sudah mula mencipta lagu, belajar membaca note lagu, pasal studio, muzik dan ‘wiring’.“Insya-Allah, saya akan cipta lagu sendiri untuk album baru akan datang.“Saya juga meletakkan sasaran untuk bergelar seorang komposer dalam tempoh lima tahun lagi,” kata Haziq yang masih berbudi bahasa seperti dulu.