suria

Anuar Zain nafi 'ditaja' seseorang

Anuar harap dapat banyak lagu dari Malaysia. -foto mStar oleh AU YEONG HOW
Anuar harap dapat banyak lagu dari Malaysia. -foto mStar oleh AU YEONG HOW
Anuar harap dapat banyak lagu dari Malaysia. -foto mStar oleh AU YEONG HOW

PENYANYI bervokal lantang Anuar Zain menafikan dia 'ditaja' oleh pihak tertentu.

"Saya tidak 'ditaja' dan apa yang saya perolehi adalah atas usaha sendiri.

"Ini kerana rezeki yang saya perolehi akan saya berikan kepada kedua ibu dan bapa saya," katanya selepas menjayakan persembahan Minggu Setiausaha anjuran Pusat Konvensyen Sime Darby semalam.

Sementara itu, Anuar ingin album terbaru yang berelemen pop, R&B dan jazz dikeluarkan segera.

Malangnya setakat ini, hanya terdapat tiga lagu.

Menurut Anuar, ketiga-tiga lagu itu termasuk satu dari Indonesia dan dua lagu dari Malaysia.

"Memang susah nak cari lagu di Malaysia. Masih lambat. I don't want to be in Indonesia just yet. But at the moment, the first song is also from Indonesia. Very frustrating. Di Malaysia agak lambat untuk dapatkan lagu.

"Kadang-kala saya tak faham juga. Bila kita buat lagu di Indonesia, masih sama dan sini lambat pula," luah penyanyi tersohor itu.

Anuar menjelaskan, beliau kecewa album barunya juga gagal mematuhi `tarikh akhir' pembikinan seperti mana album terdahulunya. Menurutnya, beliau tidak ingin sesiapa pun terutamanya penyokongnya menunggu terlalu lama.

"Para peminat saya asyik tanya `mana.... mana albumnya?' Oleh kerana terlalu lama tunggu lagu dari Malaysia, saya pergi ke Indonesia untuk menyiapkannya," ujarnya.

Ditanya bila pembuatan album baru itu bermula, katanya, setahun setengah tetapi masih pada takuk tiga lagu.

Mengenai kemungkinan komposer telah menghantar lagu tetapi tidak diterimanya sehingga mencetuskan `fobia' bagi mereka, Anuar memberitahu:

"Takut ke? Saya rasa profesional. Kadang-kala lagu itu bukan tak bagus tetapi mungkin kurang sesuai pada masa itu. Bagi saya, orang (komposer) tak harus give-up. Jika give-up, that's the end of it of our kekuatan jiwa dan diri kita. Just try.

"Malah untuk album ini, ada dua lagu komposer pernah bagi sebelum ini, tetapi he tried again. And this time, dapat. Ia sesuai dengan saya,'' katanya.

Anuar berasakan masalah lagu lambat diperoleh terbit daripada persepsi salah sesetengah komposer. "Saya rasa, kebanyakan komposer fikir oh... lagu ini harus untuk Anuar Zain. So, dia bukan Anuar Zain atau diri saya. Dia masukkan dirinya dalam Anuar Zain. Dia ingat begitu."

"So, it's actually wrong. For me, a composer harus fikir tulis melodi atau lirik yang baik. Itu sahaja. Sebab biar saya interpret lagu itu sendiri,.. kerana perasaan dan keinginan terhadap muzik selalu berubah. Jadi, jangan base on last album untuk buat lagu untuk saya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Amy Search nafi sertai PAS

Artikel Lain