Chris Brown kini mengalihkan cintanya kepada Erica Jackson. NAMPAKNYA penyanyi Chris Brown yang menghadapi tuduhan membelasah kekasihnya, Rihanna, tidak ingin `membazir masa' lagi.Selebriti itu kini keluar dengan Erica Jackson yang juga merupakan bekas kekasihnya. "Mereka kembali berpacaran beberapa minggu lalu ketika Chris berada di bandar. Mereka banyak menghabiskan masa bersama-sama, tetapi perhubungan mereka mula `hangat' dua minggu lalu," the kata sumber.Difahamkan, Jackson ialah gadis yang lasak, tidak seperti Rihanna.Sementara itu, peguam Rihanna memberitahu, penyanyi itu akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam kes Brown.