suria

Diana diawasi dua jurulatih JLKN semasa ABPBH?

Diana seronok mengikuti latihan di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang.
Diana seronok mengikuti latihan di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang.
Diana seronok mengikuti latihan di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang.

PERGERAKAN aktres Diana Danielle, 18, yang diberikan pelepasan untuk menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada Sabtu dan Ahad lalu diawasi oleh dua jurulatih Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)?

Namun menurut Timbalan Komandannya yang dikenali sebagai Tuan Hasan, kedatangannya bersama seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Pet merangkap Timbalan Ketua Jurulatih itu adalah atas jemputan pihak penganjur majlis itu.

“Kebetulan kami mendapat undangan majlis ini, jadi sebab itu kami datang. Bukan bermakna setiap pelatih yang mendapat pelepasan akan diawasi oleh kami,” jelasnya.

Pelepasan ‘istimewa’ yang diberikan kepada Diana telah menimbulkan kontroversi kecil dan menganggap pihak JLKN telah mewujudkan ‘double standard’.

Dalam kesempatan itu, Hasan turut memberitahu bahawa pihak JLKN tidak pernah menghalang pelatih untuk keluar jika mempunyai kecemasan atau acara penting.

“Para pelatih dibenarkan keluar tetapi bergantung kepada syarat yang ditetapkan. Lagipun, Diana keluar pada hari Sabtu dan Ahad,” beritahunya.

Dalam pada itu, Diana meminta supaya orang ramai tidak salah faham dengan apa yang berlaku itu.

“Saya tahu sudah banyak tanggapan negatif yang orang perkatakan kepada diri saya.

“Tentang isu saya diberikan pelepasan, saya sudah mengikut prosedur dan menghantar surat untuk keluar selama dua hari sebelum saya menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan JLKN tiada masalah tentang permohonan saya itu,” kata Diana.

Aktres yang popular menerusi drama Air Mata Maria dan Sembilu Kasih ini juga memaklumkan bahawa pelepasan diberikan bukan kerana dia mempunyai ‘keistimewaan’.

“Pelepasan ini bukan kerana keistimewaan saya dan bukan diberikan kepada saya sahaja malah pelatih lain juga boleh keluar kalau mereka ada hal.

“Lagipun hari Sabtu dan Ahad memang merupakan hari lawatan keluarga,” jelas Diana yang biasanya hanya menghabiskan hari hujung minggunya untuk berehat dan mengemas ‘dorm’.

Diberikan peluang menyertai majlis berprestij itu, Diana berkata dia bersyukur apabila dapat kembali ke dunianya yang dulu.

“Saya bersyukur dapat datang ke majlis ini. Saya juga berasa seronok apabila dapat berjumpa dengan kawan-kawan artis yang lama tidak jumpa serta dapat masuk balik ke dunia artis.

“Saya rasa gembira tetapi dalam masa yang sama saya rasa nak balik kem semula

Kini, sudah masuk sebulan Diana berada di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang. Diana menetap di kompeni Bravo berbeza dari kompeni dua rakan artis iaitu Alif Satar (kompeni Delta) dan Suki (kompeni Charlie).

Diana bakal menghabiskan masa tinggal sebulan setengah lagi sekaligus memangku tanggungjawabnya sebagai Timbalan Kontinjen Wirawati.

Ketika menjalani latihan dalam program tersebut, Diana didedahkan dengan kelas ‘Character Building’, ‘flying fox’, ‘water confidence’, ceramah dan kawad kaki.

“Antara banyak-banyak aktiviti, saya paling suka aktiviti berkawad, dan ‘flying fox’.

“Selain itu, saya suka pakai celoreng (uniform biru) dan berkenalan dengan ramai kawan,” kata Diana.

Bercerita tentang sedikit pengalaman menarik Diana, pada mulanya dia dan pelatih di situ malu-malu untuk bertegur sapa tetapi selepas minggu kedua, mereka menjadi semakin rapat.

“Saya seronok berada di dalam kem tersebut. Misalnya, kami mulai rapat apabila terlibat sekali dalam projek Kontrak Kita Janji (KKJ).

“Dalam masa 1 minggu dulu sahaja saya akan mendapat perhatian mereka tetapi selepas itu masing-masing dah serasi.

“Di dorm pula, saya seronok dan selesa tinggal dengan 27 pelatih yang lain. Sebelum tidur, saya dan kawan-kawan akan menari-nari dan bersembang,” cerita Diana yang akui turut diusik oleh pelatih lelaki.

Menurutnya tidak lama jejaka yang cuba memikatnya kerana Diana berkata: “Selepas minggu kedua, tiada siapa yang berkenan dan yang saya berkenan kerana selepas itu masing-masing membuat hal sendiri.”

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan