Arifin memulakan kariernya sebagai pelakon ekstra dan model komersial serta majalah. -foto The Star oleh RAHMAN SENIN NAMA aktor seberang, Arifin Putra mungkin tidak begitu komersial di Malaysia jika dibandingkan dengan nama pelakon Samuel Rizal atau penyanyi dan pelakon Irwansyah.Namun begitu, anak muda berusia 21 tahun yang memulakan karier seninya sejak tahun 2001 ini dikhabarkan sedang popular di Indonesia. Pelakon ini memulakan kariernya sebagai pelakon ekstra dan model komersial serta majalah.Mulai tahun 2002, Arifin atau Fin mula menceburkan diri sebagai pelakon drama bersiri atau sinetron.Dia telah berlakon dalam lebih 10 sinetron dan antaranya adalah Srikandi, Senandung Masa Puber, Kisah Kasih di Sekolah 1 & 2, Manusia Bodoh dan Khayalan Tingkat Tinggi.Masuk tahun 2008, jejaka kacukan Jerman ini sudah mula disunting untuk berlakon filem.Filem pertamanya adalah ‘Lost In Love’ yang telah ditayangkan pada tahun laluTanpa menggunakan nama komersial lain, Arifin akui selesa menggunakan nama sebenarnya itu di mana mungkin jarang digunakan oleh artis tempatan yang lebih gemar menukar nama mereka menjadi lebih komersial.“Saya tak kisah dan tak rasa nak tukar nama,” katanya ringkas.Apalah ada pada nama, inikan pula Arifin mempunyai kelebihan lain dari segi wajah yang kacak dan ilmu dalam bidang lakonan.Arifin pernah mengikuti sekolah lakonan selama satu setengah tahun di Sakti Actor Studio yang memfokuskan kepada kumpulan teater.Ditanya antara ilmu dan bakat, manakah yang lebih penting kepadanya, Arifin berkata kedua-duanya harus disatukan.“Kedua-duanya berbeza bagi setiap orang. Dengan ilmu, kita boleh kembangkan dengan bakat.“Saya suka belajar terus setiap hari dari pelakon senior. Jadi, bakat dan ilmu sama-sama penting.“Ilmu untuk mematangkan bakat..,” kata Arifin yang kini lebih fokuskan lakonannya di layar lebar.Dengan bermodalkan wajah yang kacak, Arifin tidak merasakan faktor itu membuatkan dirinya popular.“Ada aktor yang dianggap tidak kacak tetapi berjaya seperti pelawak Indonesia Aming Supriatna Sugandhi.“Faktor kacak itu sangat subjektif dan saya tidak dapat menjawabnya. Saya berharap peminat akan lebih menghargai bakat,” kata Arifin yang sedang menantikan dua buah filem lakonannya yang bakal ditayangkan pada Ogos depan.Salah satunya adalah filem menggunakan tajuk bahasa Latin, Macabre yang bermaksud Maut Kian Dekat yang mengisahkan tentang kematian dan ‘super thriller’.Filem kedua adalah Merah Putih yang menceritakan tentang pejuang Indonesia di luar bandar.Bercerita tentang penerimaan kedua ibu bapanya yang bekerja sebagai ahli perniagaan terhadap karier seninya, Arifin berkata mereka sangat menerima dan menyokongnya dari belakang.“Sekarang, saya bekerja sebagai pelakon dan dalam masa yang sama saya sedang mengumpul calon pasangan untuk membuka syarikat produksi sendiri.“Buat permulaan, saya mencuba menulis skrip filem, drama bersiri dan teater. Saya bercita-cita hendak menjadi seorang produser atau produser eksekutif pada suatu masa nanti.“Saya pernah cuba menulis skrip untuk ‘variety show’ tetapi akhirnya ditolak. Bagaimanapun, saya tidak sedih sebab gagal tetapi saya mahu mencuba lagi.“Saya jangka untuk berlakon paling minima dalam lima tahun dan selepas itu saya akan cuba menulis skrip pula,” ujarnya yang bakal menyambung pengambaran filem Merah Putih selepas pulang ke Indonesia nanti.Semalam, Arifin menjayakan majlis makan tengah hari Minggu Setiausaha bersama 20 selebriti lelaki di Hotel Istana Kuala Lumpur.Selain itu, Arifin juga bakal terlibat dengan dua buah drama bersiri terbarunya yang masih di dalam perbincangan.Arifin yang begitu terbuka semasa berbual itu tidak lokek untuk mengaku dirinya sudah berpunya.“Saya sudah ada kekasih yang mempunyai kacukan Singapura-Jerman iaitu Clarissa, 18.“Kini dia berada di Jerman kerana sedang menyambung pelajarannya di sana.“Walaupun kami berjauhan, saya tidak takut dengan cinta jarak jauh ini yang penting hati saling mempercayai antara satu sama lain,” akhirinya.