NK dan Datuk Hashimuddin ketika di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya hari ini -foto The Star oleh SAM THAMPETALING JAYA: Hasil sulh (perbincangan) nafkah yang dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini dijalankan secara tertutup.Difahamkan ianya berlangsung dalam suasana tegang antara aktres Norish Karman dan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir bilamana bekas suaminya itu menolak semua tuntutan yang dibuat untuk anak-anak. ‘Drama’ antara aktres Norish, 35, dan Hashimuddin, 61, masih belum selesai selagi kes tuntutan nafkah untuk anak-anak dan harta pencarian dibicarakan pada 17 Jun ini di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.Norish atau NK meluahkan perasaan terkilannya apabila semua tuntutan yang dikemukakan tidak mendapat persetujuan daripada Hashimuddin.“Hari ini tiada keputusan yang dicapai dan masih membincangkan perkara yang sama. Apa yang saya tuntut tidak dapat,” ujar NK sejurus proses sulh selesai.Ditanya tentang senarai kemudahan dan nafkah untuk anak-anaknya yang dikeluarkan oleh Hashimuddin semasa sidang media pada 30 April lalu, NK bagaimanapun tidak dapat menjawabnya.“Susah saya nak jelaskan kerana ia subjektif. Biarlah mahkamah yang jelaskan. Saya minta untuk anak-anak,” beritahu NK.Menurut NK, proses sulh hanya merundingkan tentang nafkah untuk anak-anak termasuk duit RM1,500 untuk anak-anak bagi setiap seorang.“Tiada fakta yang berbeza dalam tuntutan itu tetapi dia (Hashimuddin) menolak sama sekali dan nak ambil hak saya sepenuhnya.“Saya tidak terperanjat dengan apa yang dilakukan olehnya kerana saya sudah mengenalinya sejak lebih 10 tahun,” kata NK.Dalam masa yang sama, dia meluahkan perasaan kecewa dengan respons yang diberikan oleh Hashimuddin.“Saya agak terkilan kerana apa yang saya tuntut hanya untuk anak-anak. Dia selalu ingatkan diri dia dan orang lain tetapi nampaknya ‘it fits itself’,” tutur NK.NK juga menambah bahawa dia baru membuat tuntutan untuk anak-anak sahaja dan belum membuat tuntutan harta pencarian.Dalam pada itu, Hashimuddin enggan memberikan apa-apa komen.“Tanyalah dia (NK) sebab dia yang banyak cakap. Apa-apa tunggu 17 Jun ini,” ujarnya ringkas.Perbicaraan tuntutan nafkah oleh NK terhadap bekas suaminya itu telah ditangguhkan ke 17 Jun depan untuk penghujahan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.Sementara itu, Norish dan Hashimuddin hadir di mahkamah tanpa ditemani peguam syarie masing-masing.Mereka hadir secara berasingan di mana Norish menaiki sebuah teksi manakala Hashimuddin dengan kenderaan empat roda Ssangyong Rexton berwarna hitam.Pada 27 April lalu, NK menuntut Hashimuddin membayar nafkah anak sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi tiga anak hasil perkongsian hidup mereka.Permohonan perintah nafkah sementara itu dikemukakan NK selaku plaintif mengikut peruntukan Seksyen 71 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.NK yang bercerai secara sah pada 15 Julai 2008 turut mengemukakan tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini supaya Hashimuddin (responden) menjelaskan bayaran bulanan sewa rumah RM5,000 dan RM900 bagi bayaran gaji pembantu rumah yang menjaga anak-anak mereka.Selain itu, NK memohon perintah mahkamah supaya responden mengembalikan dengan kadar segera sebuah kenderaan Nissan Murano yang sebelum ini digunakan pelakon itu untuk membawa anak-anaknya.Pada 30 April lalu, Hashimuddin mendedahkan hubungan sulit NK dan kekasihnya, Mohd. Luqman Mohd. Amin serta mengeluarkan senarai kemudahan-kemudahan dan nafkah yang diberikan kepada NK untuk anak-anak selain menjawab isu kereta Nissan Murano.Proses sulh antara Norish dan bekas suami dianggarkan berlangsung selama 40 minit. Norish kelihatan pulang menaiki teksi yang sama.Sebelum pulang, NK sempat berkata sambil tersenyum, "Ambillah gambar saya menaiki teksi ni..."