suria

Suami bantu Posh tanggalkan baju untuk iklan Armani

Victoria Beckham
Victoria Beckham
Victoria Beckham

VICTORIA Beckham mendedahkan sokongan padu suaminya, David Beckham yang 'membantunya' menanggalkan baju untuk iklan Armani yang memberahikan.

Pasangan itu telah berbogel separuh badan untuk koleksi seluar dalam jenama Emporio Armani. Poster pasangan itu menghiasi papan iklan di seluruh dunia.

"Apabila David dan saya membuat penggambaran yang pertama, kami sedang berdiri dengan baju mandi dan saling memandang. Okey, siapa yang akan menanggalkan baju itu terlebih dahulu?" menurut sumber.

Tambah Victoria: "Amat kurang selesa berdiri separuh bogel di studio yang penuh dengan orang asing.

"Justeru, adalah baik untuk mempunyai galakan dan sokongan satu sama lain. David sentiasa amat menyokong apa yang saya buat."

Bekas Spice Girl mendedahkan, bagaimana iklan tersebut membantunya menguruskan badan.

"Saya tidak pernah pergi ke gimnasium sebelum bekerjasama dengan Armani. Jika anda ingin bergambar dengan pakaian dalam, anda ingin kelihatan berbadan seksi dan menarik," katanya.

"Saya mula berlari empat hingga lima batu setiap hari dan fokus kepada diet yang menyihatkan badan. Saya sebenarnya seronok menjalani keseluruhan proses tersebut.

"David juga membuat latihan dan kami saling memberikan motivasi. Ia menyeronokkan!

"Saya masih berlatih setiap hari. Saya meninggalkan anak-anak di sekolah. Dari situ, saya pergi ke gimnasium dan berjoging," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain