suria

Anak Christina Aguilera mempunyai obsesi kebersihan

Christina Aguilera
Christina Aguilera
Christina Aguilera

PENYANYI pop, Christina Aguilera memberitahu, anaknya yang berusia 16 bulan, Max Liron ialah seorang obses dengan kebersihan.

"Dia mempunyai obsesi kebersihan dan suka berlari-lari dengan kain buruk serta mengelap serta membersihkan. Misalnya, dia suka membersihkan kerusi tinggi selepas habis makan.

"Sungguh comel. Apabila saya membawanya turun dari kerusi, perkara pertama yang dibuatnya ialah mengambil kain buruk lalu membersihkan kerusinya. Dia sememangnya adalah pembantu ibu yang kecil," menurut sumber.

Aguilera, 28, berkata, Max belajar dengan cepat. Oleh itu, katanya, dia dan suaminya, Jordan Bratman perlu berhati-hati kerana Max menyerap segala ilmu seperti span.

"Dia menyerap semua perkara seperti span sekarang. Kita perlu berhati-hati apa yang ingin diperkatakan di sekitarnya. Dia bercakap sedikit bahasa Spanish juga. Dia mengucapkan mama dan papa beberapa bulan lalu," kata Aguilera.

"Sejak saya menjadi ibu, saya berasa mempunyai lebih banyak pengetahuan dan ini menjadikan saya lebih cantik. Saya lebih fokus yang membolehkan saya berasa yakin dan seksi," tambahnya.

Artikel Lain