Heliza berlakon buat pertama kalinya menerusi filem Syurga Cinta. -foto The Star oleh MOHD SAHAR MISNI“SAYA bersedia terima kritikan sebab sampai bila saya nak tunjukkan lakonan yang sama,” kata penyanyi dan pelakon, Nur Heliza Helmi atau Heliza semasa sidang media filem Syurga Cinta baru-baru ini.Heliza berkata dia suka menerima kritikan yang mampu membina kerjayanya memandangkan setiap individu mempunyai pandangan yang berlainan. Bukan sahaja menerusi lakonan, Heliza juga begitu terbuka menerima kritikan yang dilontarkan kepadanya selepas menyanyi secara duet dengan alumni Akademi Fantasia 7, Qhaud menerusi lagu Dibius Cinta.“Saya tabah dan cekal dengan kritikan oleh Kak Adibah Noor itu kerana dia cakap perkara yang betul. Sekurang-kurangnya ia memberikan didikan kepada saya,” kata Heliza.Dalam masa yang sama, Heliza turut menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku sebelum itu.“Waktu saya diberi tawaran untuk menyanyikan lagu ini, saya sedang siapkan tesis. Pada mulanya, saya sudah jelaskan yang saya tidak boleh menerima tawaran itu kerana mempunyai kelas.“Lagipun, sudah empat hingga lima bulan saya tidak menyanyi. Ikutkan, saya perlu menyanyi lagu Doa Dalam Lagu tetapi disaat-saat akhir saya diberi lagu itu,” jelas gadis yang sedang sibuk mempromosikan filem pertamanya itu.Dalam filem arahan pengarah tersohor Ahmad Idham ini, Heliza memegang watak Syuhadah iaitu seorang guru agama yang baru sahaja keluar dari universiti.Dia dibesarkan dengan penuh didikan agama oleh datuknya (Hisham Ahmad Tajuddin), seorang gadis bertudung yang bukan sahaja ayu malah terserlah dengan sifat-sifat muslimah sejati.Kata Heliza, waktu dia berlakon selama 20 hari dalam filem ini pada bulan Jun tahun lalu, dia sedang mengikuti pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains.“Antara babak yang paling susah untuk saya lakonkan dalam filem ini adalah babak romantik kerana saya tidak mempunyai pengalaman bercinta.“Saya rasa lebih senang berlakon babak marah daripada babak itu,” ujarnya.Tambahnya, dia juga agak sukar melakonkan babak mengeluarkan air mata sehingga terpaksa meminta tunjuk ajar daripada Awal.“Biasanya, saya mudah sedih apabila fikirkan tentang ‘study’ dan keluarga. Jadi, saya terus ingat mama di rumah,” tutur alumni Akademi Fantasia 5 ini.Sukar bagaimanapun, Heliza berkata dia mahu ‘upgrade’ lagi lakonannya nanti.“Saya rasa banyak lagi yang perlu dipelajari dari segi cara bercakap, menangis dan menghayati watak.“Apa yang saya difikirkan adalah tanggungjawab kerana bukan senang untuk menjadi seorang pelakon.“Kalau saya dapat seimbang antara nyanyian dan lakonan lagi bagus sebab saya memang minat kedua-duanya,” luah Heliza yang mengidamkan watak dalam cerita komedi atau sebagai orang kurang upaya.Kini Heliza bernaung di bawah Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB) untuk menguruskan kariernya dalam bidang seni ini.Selain itu, gadis yang berasal dari Kuala Terengganu ini sedang berusaha menghabiskan pengajiannya yang tinggal 1 tahun lagi.“Selain belajar, saya akan membuat lagu single untuk Hari Raya dan lagu duet dengan Aiman (Akademi Nasyid) iaitu Selalu Ada,” akhirinya yang turut selesai merakamkan program Fikirlah Sendiri Nabil untuk Hari Raya.Heliza berkata karier seninya masih berada pada tahap baik dan menerima undangan ‘show’ apabila ada masa terluang.