Jennifer AnistonJENNIFER Aniston mengakui dia suka menyimpan mesej bekas kekasihnya dan mempercayai teknologi moden itu telah mengubah gaya dan cara bercinta sesuatu pasangan.Bekas bintang 'Friends' pernah berkahwin dengan Brad Pitt sebelum ini dan keluar dengan penyanyi John Mayer, model Paul Sculfor dan aktor Vince Vaughn. Bintang berusia 40 tahun itu turut mengaku dia suka mendengar balik mesej peninggalan mereka yang dirakamkan."Saya bukan seorang yang gemar melayari Internet. Dan sungguh sukar untuk menemui seseorang yang jujur dan ikhlas dalam laman siber," menurut laporan media."Saya suka bila kita mempunyai mesin jawab telefon - sungguh bertuah dapat mendengar mesej tersebut berulang kali."Saya masih menyimpan pita mesej tersebut. Saya suka menyimpannya," tambahnya.