PENYANYI kontroversi, Chris Brown sekali lagi menghadapi tuntutan mahkamah atas dakwaan mencederakan seorang jurugambar.Ini adalah kali kedua dia mencetuskan kontroversi selepas insiden dakwaan dia membelasah bekas kekasihnya Rihanna pada Februari lalu. Dalam kes terbaru, mangsa yang juga seorang jurugambar, Robert Rosen mendakwa diserang, dipukul, diganggu emosi dan ditahan secara paksa oleh Brown pada Mac lalu.Menurut laporan media, dia telah 'digoncang dengan kuat' kerana mengambil gambar artis berusia 20 tahun itu ketika bermain bola keranjang di gelanggang gimnasium.Wakil (Attorney) Brown, Mark Geragos bagaimanapun menghentam tuntutan tersebut kerana sangsi terhadap motif Rosen.Rosen sebelum ini pernah menyaman Pierce Brosnan atas dakwaan pelakon 007 itu mencederakannya pada penghujung tahun 2007 tetapi dia gagal dalam kes mahkamah tersebut.Geragious memberitahu: "Ia adalah tuntutan mahkamah yang tidak masuk akal oleh paparazi untuk mencari publisiti dan menangguk di air keruh. Kami akan mempertahankan kebenaran kami."