AKTRES Angelina Jolie yang membesarkan enam anak dengan buah hatinya, Brad Pitt sedang mencari sebuah rumah di Portugal.Akstres "The Challenging" itu serik dengan kehidupan sibuk di Amerika Syarikat dan berminat untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang, menurut laporan media. "Dia sukakan Portugal dan ingin membesarkan anak-anak di situ. Dia ingin berpindah ke negara tersebut secepat mungkin," kata satu sumber.Jolie difahamkan bercadang untuk membeli sebuah rumah yang berdepan dengan pantai di perkampungan Lagos, selatan kawasan Algarve di Portugal.