suria

Barrymore sertai perhimpunan bantah larangan perkahwinan homoseksual

Drew Barrymore ketawa sambil memakai pin "4 Equality badge" dan "Repeal Prop 8 in 2010" semasa bantahan beramai-ramai terhadap larangan homoseksual berkahwin di Hollywood pada 26 Mei, 2009.
Drew Barrymore ketawa sambil memakai pin
Drew Barrymore ketawa sambil memakai pin "4 Equality badge" dan "Repeal Prop 8 in 2010" semasa bantahan beramai-ramai terhadap larangan homoseksual berkahwin di Hollywood pada 26 Mei, 2009.

AKTRES Drew Barrymore bersama Emmy Rossum dan selebriti lain berhimpun beramai-ramai di jalan-jalan di Hollywood sebagai langkah untuk membantah larangan California terhadap perkahwinan homoseksual.

Selebriti-selebriti tersebut menyertai ribuan aktivis membantah pengembalian semula peraturan Proposal 8 yang melarang perkahwinan pasangan sama jantina.

Tahun lalu, perkahwinan tersebut dibenarkan seketika menerusi perlaksanaan undang-undang.

Pelakon Star Trek George Takei, Kelly Osbourne, Sophia Bush, comedienne Kathy Griffin dan penyanyi atau aktres Deborah Gibson adalah antara selebriti yang mengkritik langkah California meluluskan larangan tersebut sekali lagi.

"Saya dibesarkan sebagai gadis beragama Katolik yang baik. Di mana-mana gereja pun, tidak pernah menjadi isu seseorang itu harus dilayan secara adil.

"Saya sukar mempercayai pada tahun 2009, ia masih menjadi isu," kata Gibson kepada pemberita.

Sementara itu, Osbourne pula menambah, "Jika anda mencintai seseorang, anda harus mampu untuk mengahwininya."

Artikel Berikut

Artikel Lain