Diaz amat gemar menyambut bunga yang dibaling oleh pengantin perempuan di mana-mana majlis perkahwinan yang dihadirinyaAKTRES Cameron Diaz tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin langsung, tetapi dia akui amat gemar menyambut bunga yang dibaling oleh pengantin perempuan di mana-mana majlis perkahwinan yang dihadirinya.Sudah menjadi 'tradisi' bagi pengantin perempuan membaling jambangan bunga di majlis perkahwinan mereka dan wanita yang berjaya menangkap jambangan itu dikatakan bakal berkahwin kelak. Walaupun Diaz tidak merancang lagi untuk berkahwin, namun dia akan pastikan dirinya berjaya menyambut balingan bunga setiap kali berada di majlis perkahwinan."Saya fobia dengan komitmen...ia tentang berada di posisi yang betul, tempat yang betul dan masa yang betul. Saya tidak mahu berkahwin. Saya hanya menyambut jambangan itu," katanya.Bintang My Sister's Keeper itu turut membuat koleksi jambangan bunga yang berjaya disambutnya itu.