suria

Daphne senantiasa dahaga mencari kelainan

Di dalam filem Belukar, Daphne memegang watak sebagai Eva, seorang wanita Sabah yang merupakan penipu insurans profesional.
Di dalam filem Belukar, Daphne memegang watak sebagai Eva, seorang wanita Sabah yang merupakan penipu insurans profesional.
Di dalam filem Belukar, Daphne memegang watak sebagai Eva, seorang wanita Sabah yang merupakan penipu insurans profesional.

SELEPAS julung kalinya memegang watak utama di layar perak menerusi filem Belukar, pengacara dan aktres jelita, Daphne Iking, 31, ingin membawa watak baru yang disulami dengan peranan berbeza. Tutur penolong produser dan hos rancangan The Breakfast Show di NTV7 itu dia, amat 'dahagakan' kelainan untuk lebih mengasah bakatnya dalam bidang lakonan.

"Saya tidak mahu memegang watak stereotaip. Saya ingin mencari cabaran baru dan lebih menyeluruh. Saya juga ingin mencurahkan apa-apa yang baru.

"Saya ingin jadi seperti Jennifer Aniston, yang selalu cari kelainan dari segi watak. Tetapi, saya masih terbuka untuk menerima sebarang tawaran berlakon," katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra pelakon-pelakon filem Belukar di Hard Rock Cafe, semalam.

Di dalam filem Belukar, Daphne memegang watak sebagai Eva, seorang wanita Sabah yang merupakan penipu insurans profesional.

Eva berjaya menuntut lebih RM100 juta dan telah disiasat oleh beberapa pihak. Malangnya, tiada agen penyiasat insurans dapat membuktikan Eva bersalah.

Tanggungjawab itu kini dipikul oleh Nik (Bront Palarae) iaitu seorang penyiasat insurans syarikat ABG.

Dalam proses penyiasatan tersebut, Nik telah jatuh cinta terhadap Eva tanpa Eva mengetahui identiti sebenar Nik.

Mengulas lanjut tentang watak itu, kata Daphne, Eva sebenarnya merupakan mangsa yang terperangkap di dalam situasi tertentu.

Namun begitu, katanya, watak Eva itu amat kontra dengan personalitinya yang sebenar.

Sebagai contoh, kata Daphne, untuk salah satu adegan, dia tidak berani untuk terjun dari sebuah jeti sehinggalah terpaksa ditunjukkan dulu caranya oleh pengarahnya, Jason Chong.

"Jason menawarkan diri terjun terlebih dahulu. Ini memberikan keyakinan kepada saya untuk terjun," katanya yang menambah penggambaran filem tersebut telah dilakukan sekitar Mac lalu.

Ditanya bagaimana pembabitan awalnya dalam filem terbitan Preston Zaidan Productions Sdn Bhd ini, kata Daphne:

"Apabila Jason (pengarah dan penulis skrip filem Belukar) ingin melamar saya untuk memegang watak Eva, saya berasa bimbang dan skeptikal pada awalnya.

"Dan saya tidak pernah berjumpa dengan Bront. Nasib baik kita masih dapat bekerjasama dengan baik. Kami saling bekerjasama memastikan filem itu berjaya dilakonkan dengan baik," katanya yang pernah membintangi sitkom drama KLite (8TV), telemovie di Singapura serta Adik (NTV7).

Tambahnya, produksi menjalankan penggambaran dengan bajet yang sedikit dan berlatih untuk satu atau dua sesi sahaja.

Selain itu, Daphne berkata, seluruh tenaga produksi "mengembara" selama dua jam setengah dari Kota Kinabalu ke Labuan dan ke Ranau serta Tuaran.

Ditanya tentang projek terbarunya selepas ini, kata ibu kepada Isobel Daniella Iking-Chong ini, dia ingin cuba menghabiskan lebih masa bersama anak perempuannya itu dan suaminya, Ryan Chong yang kini berada di Beijing, China.

"Dia membesar dengan begitu cepat. Saya ingin mengajarnya bahasa terutama dalam fasa pembesaran kini," katanya.

Tambah Daphne, anak perempuan berusia setahun setengah itu agak "lasak", tidak suka bermain dengan patung Barbie tetapi suka bermain bola sepak serta muzik.

"Isobel amat meminati muzik dan suka menari. Putarkan sebarang lagu, dia akan menari. Maklumlah saya masih menari dan menyanyi semasa mengandungkannya dan sehari sebelum melahirkannya," kata Daphne yang turut tercalon di dalam kategori 'Favorite TV Host' dan 'Hot Chick' di Shout! Awards anjuran 8TV.

Artikel Sebelum

Artikel Lain