suria

Dayana akui pernah ditipu gara-gara ghairah berlakon

Minat mendalam dalam bidang lakonan mendorong Nur Dayana Kamsun Baharin untuk mencuba nasib dalam program realiti hiburan Astro, Anak Wayang. - foto MSTAR oleh AU YEONG HOW
Minat mendalam dalam bidang lakonan mendorong Nur Dayana Kamsun Baharin untuk mencuba nasib dalam program realiti hiburan Astro, Anak Wayang. - foto MSTAR oleh AU YEONG HOW
Minat mendalam dalam bidang lakonan mendorong Nur Dayana Kamsun Baharin untuk mencuba nasib dalam program realiti hiburan Astro, Anak Wayang. - foto MSTAR oleh AU YEONG HOW

PEMENANG minggu pertama program realiti hiburan, Anak Wayang, Nur Dayana Kamsun Baharin (Dayana) pernah ditipu semasa menyertai dua atau tiga casting (sesi pemilihan pelakon) sebelum ini.

Peserta paling muda dan berasal dari Kuala Lumpur itu mengakui episod buruk tersebut hampir menguburkan minatnya untuk beraksi di layar perak.

"Saya kena tipu dua hingga tiga kali semasa casting (pemilihan pelakon) sehingga hampir nak berputus asa. Misalnya, saya bayar RM30 untuk setiap sesi uji bakat," katanya.

Dia berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman pemenang minggu 1 yang memegang watak jururawat dan temubual eksklusif bersamanya di Astro, semalam.

Dia mengalahkan pelajar, Nor Shafiza Iskandar Azizan (Feeya), 20, yang berasal dari Johor menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Keputusan undian SMS diketahui menerusi drama bersiri Kecuali Cintamu, pada hari Isnin, jam 8.30 malam tadi di Astro PRIMA (saluran 105).

Dalam episod tersebut, pelakon berusia 18 tahun itu melakonkan watak jururawat iaitu Intan.

Bercakap mengenai kemenangannya, Dayana berterima kasih kepada produser, pengarah Anak Wayang dan tenaga produksi Kecuali Cintamu.

"Saya tidak percaya... tidak menyangka berjaya mara ke pusingan seterusnya. Saya ingin berterima kasih kepada tenaga pengajar.

"Saya tidak pernah berlakon sebelum ini dan itu merupakan kali pertama dia berlakon di depan kamera. Sesi pembelajaran dengan cikgu dalam akademi memang menampakkan hasil," katanya yang mengidolakan pelakon-pelakon seperti Erra Fazira, Jasmin Hamid dan Nasha Aziz.

Dayana mengakui dirinya masih perlu banyak mempelajari bidang lakonan daripada pelakon senior dan tidak sesekali menumpang populariti kawannya yang juga artis.

"Saya ingin berjaya atas daya usaha sendiri dan bukannya menumpang glamor orang lain," ujarnya.

Tambahnya, dia tidak mempunyai ahli keluarga yang berlatarbelakangkan bidang lakonan dan sehubungan itu, kejayaannya itu merupakan satu kejutan dalam famili.

Mengenai watak jururawat yang dibawanya, Dayana berkata, dia susah membawa watak feminin tersebut kerana bercanggah dengan personalitinya.

"Susah membawakan watak jururawat itu. Sebab ia menuntut saya kena lemah-lembut, terpaksa cakap lembut. Saya hendak watak yang lebih mencabar... Dibenci penonton pun tak apa, itu petanda lakonan saya bagus," katanya yang ingin menyambung pembelajaran dalam bidang perniagaan pada bulan Ogos iaitu selepas Anak Wayang berakhir.

Menceritakan persediaannya dalam melakonkan jururawat tersebut, Dayana berkata setiap peserta hanya diberikan skrip setengah jam sebelum rakaman.

"Saya akan cuba yang terbaik ke final nanti. Saya tidak terlampau yakin kerana tidak nampak rezeki lagi," ujarnya.

Sementara itu, Feeya bersyukur walaupun kalah dalam merebut peluang berlakon sebagai jururawat dalam drama tersebut.

"Alhamdulillah, walaupun tidak dapat melangkah lebih jauh, Dayana ialah wakil kami. Kami mendoakan dia berjaya. Harap dia dapat buat yang terbaik," katanya sambil pipinya dilinangi air mata.

Tenaga pengajar Anak Wayang terdiri daripada Marlia Musa (guru lakonan), Mohd. Kamaruzaman Taib (Che Kem)(guru skrip dan analisa), Fauziah Nawi (guru lakonan dan vokal) dan Hamzah Tahir (guru oleh tubuh).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain