suria

Diana Danielle akui bercinta dengan Farid

Diana tidak menafikan dia dan Farid menjalinkan hubungan istimewa. Namun, gadis ini enggan bercerita lanjut tentang hubungan mereka itu
Diana tidak menafikan dia dan Farid menjalinkan hubungan istimewa. Namun, gadis ini enggan bercerita lanjut tentang hubungan mereka itu
Diana tidak menafikan dia dan Farid menjalinkan hubungan istimewa. Namun, gadis ini enggan bercerita lanjut tentang hubungan mereka itu

NADA suaranya cukup girang. Selain gembira dapat kembali ke pangkuan ibu tersayang, Norsiah Ramli, setelah 'berpisah' selama tiga bulan untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), ada 'sesuatu' yang membuatkan gadis berusia 18 tahun ini cukup ceria.

Diusik mungkinkah ada 'seseorang' yang juga tidak sabar menantikan si pemilik nama Diana Danielle ini menamatkan latihannya itu, sambil ketawa, aktres ini hanya menjawab "tak adalah. Saya gembira sangat sebab dapat jumpa Mama".

Tetapi apabila cuba menyelami hati pelakon ini, Diana akhirnya tidak dapat 'menipu' dirinya lagi apatah lagi bila diajukan tentang khabar angin yang bertiup kencang ketika dia masih berada di dalam PLKN, yang mengatakan gadis ini sudah pun mempunyai cinta baru.

Dan jejaka itu dikatakan adalah aktor popular Farid Kamil.

"Memang perkara itu betul...saya tak nafikan dan sebenarnya saya memang tidak jangka langsung. Tapi, saya tak mahu ulas lebih-lebih tentang perkara ini, ye. Cukup-cukuplah apa yang saya belajar menerusi pengalaman yang lalu.

"Kita bercakap tentang perkara lain sajalah," tutur Diana sambil cuba mengalih topik.

Ketika khabar angin itu mula tersebar, ramai yang tidak pasti sejauhmana kebenaran hubungan mereka itu, apatah lagi Farid juga sebelum ini telah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi aktres muda, Lisa Surihani.

Malah, tidak pasti pula bagaimana Farid dan Diana dapat 'menjalinkan' hubungan memandangkan Diana sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama tiga bulan sejak Mac lalu dan pastinya sukar untuk berhubungan.

Ibunya yang diajukan tentang hal ini ketika itu juga hanya ketawa membaca kisah anaknya itu yang dikatakan mungkin sedang mengamalkan hubungan cinta 'jarak jauh' dengan aktor tersebut. Menurut Norsiah, dia akui Farid dan Diana memang berkawan baik, namun dia juga tidak tahu adakah mereka benar-benar serius.

Ditanya bagaimana mereka 'menjaga' hubungan tersebut sepanjang Diana berada di PLKN, pelakon ini tetap mengelak untuk menjawab soalan tersebut.

Namun, pelakon yang sebelum ini pernah berkasih dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof itu akui, hubungannya dan Farid pada asalnya memang bermula atas dasar persahabatan.

"Itu saja yang boleh saya cakap. Farid adalah lelaki yang baik. Dia seorang yang 'cool', itulah yang membuatkan saya cukup kagum dengannya," kata Diana yang terus enggan berbicara tentang hal itu.

Menurut pelakon yang popular menerusi drama bersiri AirMata Maria dan Farah Syakirah ini, dia lebih selesa untuk bercakap tentang perancangan karier seninya setelah 'berehat' selama tiga bulan dulu.

"Saya sekarang tengah berehat selepas tamat PLKN pada 7 Jun lepas. Mungkin sebelum saya terima tawaran baru, saya dan Mama akan pergi bercuti dulu, kemungkinan ke Indonesia dan Australia.

"Selepas itu saya akan menyambung pelajaran di University of Nottingham di Semenyih, Kajang bulan depan dalam bidang biosains. Nampaknya, penatlah Mama nak menguruskan jadual seni dan pelajaran saya," kata Diana yang akan cuba membahagikan masa sebaik mungkin antara kerjaya dan pelajarannya.

Katanya lagi, dia juga akan meneruskan projek penghasilan album sulungnya di Jakarta tidak lama lagi yang sudah tertunda agak lama itu.

"Memang banyak sebenarnya benda yang nak kena buat. Album tetap akan diteruskan begitu juga dengan tawaran berlakon yang masih lagi saya pertimbangkan.

"Sekarang ini saya tengah tunggu jadual kelas pengajian saya terlebih dahulu, barulah senang nak merangka aktiviti-aktiviti lain juga," katanya yang berduet dengan Imran Ajmain dan Nabil menerusi lagu Radio yang kini semakin kerap diputarkan di stesen-stesen radio.

Ditanya tentang 'kehidupan' barunya setelah tamat PLKN, kata Diana, dia akui sudah mula rasa rindu terhadap kawan-kawan di kemnya dulu. Namun, tutur Diana, apa yang penting, pengalamannya di PLKN ternyata banyak mengubah hidupnya menjadi seorang yang lebih berdisiplin.

"Sekarang ini saya pantang tengok barang bersepah sebab ketika di kem dulu, kami kena sentiasa pastikan bilik dan tempat tidur kemas. Saya juga dah terbiasa bangun awal pagi sehinggakan Mama cakap "I have a new daughter!".

"Tetapi masalahnya sekarang berat badan saya sudah bertambah 7kg. Maklumlah, asyik makan saja ketika di kem. Tetapi saya tidaklah tertekan sangat kerana saya tahu, bila saya kembali aktif dengan kerja-kerja saya selepas ini, secara automatik berat saya akan berkurangan," kata Diana.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain