"Nak jadi public figure kena ada dan jaga keperibadian untuk orang ikuti contoh dan jadi idola kepada orang ramai dalam memastikan ke mana arah tuju generasi akan datang,"- Azhan -foto The Star oleh CHAN TAK KONG KEMENANGAN tidak mengenal usia begitu juga dengan Azhan Atan yang berjaya dinobatkan sebagai juara Akademi Nasyid musim pertama di usia 30-an.Agak menarik juga untuk dikongsi mengenai Azhan, 36, selepas dia bergelar penyanyi dan kehidupannya sebagai artis. Walaupun 'kurang upaya', dia yang sebelum ini bekerja sebagai pakar terapi tetap bersemangat untuk berjuang dalam industri hiburan tempatan.Buktinya, dia masih aktif dalam dunia nyanyian dan telahpun tampil dengan album pertamanya.Bagi Azhan, bukan mudah hendak menjadi seorang figura yang disukai ramai lebih-lebih lagi dalam usianya sekarang."Saya dah tua berbanding dengan artis Akademi Fantasia yang lebih popular."Nak jadi public figure kena ada dan perlu jaga keperibadian untuk orang ikuti contoh dan jadi idola kepada orang ramai dalam memastikan ke mana arah tuju generasi akan datang," ujar Azhan penuh hemah.Jelas Azhan, sebolehnya dia mahu menggerakkan minda dari batil kepada hak kepada para peminatnya yang terdiri dari kalangan pelajar institut pengajian tinggi, sekolah menengah dan kaum ibu."Saya juga mahu sampaikan dari sudut yang lain seperti pakaian dan perbuatan."Apa salahnya kita beritahu kepada masyarakat supaya orang bukan Islam tidak takut dengan Islam."Masyarakat bukan Islam mungkin lebih buka minda yang Islam tidak terlalu menyekat."Yang penting artis itu kena tahu pengetahuan am dan sedikit agama dan al-Quran agar bangkit daripada tak baik kepada baik," ulasnya.Bercerita tentang kariernya pula, Azhan telah tampil dengan albumnya, Ku Milikmu edaran Hijaz Records.Kata Azhan, dia sedang mencari suasana dan waktu yang sesuai untuk menerbitkan album berkos RM60,000 itu."Album ini berentak slow rock dan Jawa. Selepas ini, saya mahu buat lagu berentak ghazal yang bukan sahaja lagu memuji ciptaan Allah seperti alam semulajadi tetapi lagu ketuhanan," katanya.Album Ku Milikmu memuatkan 10 buah lagu antaranya Ku Milikmu, Disebalik Bayangmu, Sinar Pasti Ada, Kemanisan Dunia dan Kerikil Jalanan.Selain itu, Azhan berkata dia terlibat dengan aktiviti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Yayasan Aman Malaysia dan parti politik.Azhan juga akui walaupun dia merupakan ahli PAS, namun tidak bermakna dia tidak boleh memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh parti lain."Saya sudah banyak kali membuat persembahan untuk PAS. Orang tau yang saya memang ahli PAS tetapi bukan bermakna saya tak boleh duduk dengan orang Barisan Nasional."Kita kena neutral dan buka minda," jelasnya yang pernah mengadakan persembahan sempena Muktamar PAS ke-55 baru-baru ini.