Angelina Jolie berharap satu hari nanti dia mampu membantu seberapa ramai manusia seperti mana yang dilakukan oleh Hepburn - foto AP AKTRES Hollywood, Angelina Jolie berkata, dia ingin mengikut jejak langkah aktres Audrey Hepburn.Bintang Tomb Raider yang membesarkan enam orang anak bersama kekasihnya, Brad Pitt mengaku dia berharap satu hari nanti dia mampu membantu seberapa ramai manusia seperti mana yang dilakukan oleh Hepburn. "Saya gembira dengan gelaran ini. Saya yakin Audrey Hepburn turut berasa demikian," kata Jolie mengenai peranannya sebagai duta kemanusiaan Bangsa-Bangsa Bersatu.Hepburn yang meninggal dunia pada tahun 1993, menghabiskan hampir 40 tahun membantu kanak-kanak miskin di seluruh dunia."Dia cukup bertuah dapat bertemu dengan ramai kanak-kanak di seluruh dunia. Kami berada di dalam situasi yang amat bertuah kerana dapat menyuarakan apa yang kami rasakan terhadap golongan ini," kata Jolie.