suria

Video seks Leighton Meester tidak terjual kerana mahal

Leighton Meester. - foto REUTERS
Leighton Meester. - foto REUTERS
Leighton Meester. - foto REUTERS

SELEPAS Paris Hilton, Pamela Anderson, Kim Kardashian dan Elizabeth Jagger, video seks Leighton Meester dikatakan dijual di pasaran.

Bagaimanapun, ia adalah terlalu mahal untuk pengendali laman web.

Pemilik laman MrSkin.com (laman utama untuk seleberiti mendedahkan tubuh badan), Jim McBride ialah salah seorang pengendali laman web yang tidak menerima tawaran tersebut.

Video yang memaparkan bintang The Gossip Girl itu dijual pada harga 100,000 dolar.

Difahamkan, Leighton Meester video membuat rakaman tersebut bersama-sama dengan bekas teman lelakinya ketika dia berusia 18 tahun.

"Ia sememangnya tawaran yang sah dan ini datang daripada profesional yang pernah melakukan perkara tersebut," laporan media memetik Jim McBride sebagai berkata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain