suria

Pengurusan jenazah Michael @ Mikhaeel Jackson masih menjadi tanda tanya?

SEHINGGA hari ini, ramai yang maish tertanya-tanya bagaimanakah cara pengurusan mayat atau jenazah Michael Jackson akan disempurnakan. Sebelum ini, banyak laporan yang mendakwa pengislaman Miachel Jackson yang dibuat pada bulan November tahun lepas. Dan nama Islam yang digunakan oleh Michael ialah Mikhaeel.

Dakwaan itu masih tidak dapat disahihkan kebenarannya. Benar atau tidak Michael Jackson telah memeluk agama Islam seperti yang digembar-gemburkan hampir tidak pasti. Ada yang membenarkan dakwaan itu dan ada juga yang menyangkal?

Menurut satu laporan dari sebuah agensi berita lewat petang semalam, keluarga Jackson ada membuat pertemuan dengan seorang imam bernama Imam Johari Abdul Malek. Namun tidak dapat dipastikan butiran lanjut hasil pertemuan itu. Spekulasi juga ada menyebut, kemungkinan besar ia ada kena mengena dengan pengebumian secara Islam ke atas jenazah Michael Jackson.

Sebuah laman web juga ada membuat posting terbaru, kononnya masjid di mana abang Michael iaitu Jermaine Jackson (satu-satunya abang Michael yang memeluk Islam) selalu berjemaah, akan mengambil tugas pengurusan jenazah Michael @ Mikhaeel.

Walau bagaimanapun, menurut satu sumber lain, kelibat keluarga Jackson kelihatan lewat malam tadi di sebuah mortuari. Jadi hingga kini, ramai peminat ternanti-nanti bagaimanakah jenazah Michael akan disemadikan.

Yang pasti jutaan Michael tidak mungkin melepaskan peluang mengucapkan 'selamat tinggal' kepada hero pop mereka walau di mana Michael disemadikan. Dan tentu sekali 'kemeriahan' pengebumian akan setaraf dengan pengebumian personaliti terkenal Princess Diana, Elvis Presley dan beberapa nama selebriti terkenal dunia. Dan tidak akan sah tanpa liputan media TV dan akhbar.

Ada sebuah akhbar melaporkan, Raja Pop Michael Jackson akan disemadi dalam majlis pengebumian terbesar sepanjang sejarah dunia hiburan sekali gus mengalahkan pengebumian Elvis Presley dan James Brown.

Berpuluh-puluh ribu peminat dijangka menghadiri majlis itu yang diramal sehebat pengebumian Puteri Diana.

Walaupun pengumuman mengenainya masih belum dibuat, Michael dijangka disemadi mengikut ajaran Islam berdasarkan pengumuman abangnya, Jermaine.

"Semoga Allah sentiasa bersama anda," kata Jermaine ketika mengumumkan kematian adiknya kelmarin.

Kematian mengejut Raja Pop Michael Jackson juga bakal mencetuskan pertikaian undang-undang berhubung jumlah kekayaan penyanyi berkenaan yang akan diwarisi tiga anaknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Michael mempunyai dua anak lelaki iaitu Prince Michael, 12 dan Prince Michael II yang berusia tujuh tahun serta seorang anak perempuan Paris, 11.

Siapakah yang bakal memiliki hak penjagaan ke atas anak-anak Michael. Ada sumber menyatakan mereka akan dijaga oleh bekas isterinya, Debbie Rowe buat sementara waktu sehingga isu tersebut diselesaikan.

Gaya hidup mewah Michael menyebabkan dia meninggalkan hutang mencecah AS$500 juta (RM1.7 bilion) tetapi penyanyi itu masih memiliki beberapa aset berharga termasuk hak cipta ke atas 251 lagu kumpulan The Beatles yang bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM3.5 bilion).

Walaupun kekayaannya mencecah jutaan tetapi hutang piutangnya juga seiring dengan pendapatan yang dimilikkinya selama ini. Apakah kesudahan nasib tiga orang anaknya yang mewarisi keanehan cara hidup ayah mereka. Hanya masa yang akan menentukan.

Artikel Lain