Yasmin Hani memang telah menyimpan hasrat untuk mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini, tetapi terpaksa akur dengan ketentuan takdir - foto THE STAR oleh AZMAN GHANIPELAKON dan pengacara jelita ini memang telah menyimpan hasrat untuk mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini. Apatah lagi dengan usianya yang sudah menjengah angka 30, dia merasakan umur itu sudah sesuai untuk dirinya mendirikan rumahtangga.Namun, apa yang diharapnya tidak kesampaian. Jodoh antara pemilik nama Yasmin Hani dan kekasihnya yang telah dikenali lebih dua tahun itu nampaknya tidak cukup kuat. Meskipun hatinya kuat mendambakan sebuah ikatan suci, namun Hani terpaksa akur dengan keadaan hubungan mereka yang sebenarnya tidak mampu diselamatkan lagi untuk terus bergelar pasangan kekasih.Menganggap apa yang berlaku itu sudah ketentuan daripada Allah, selebriti berusia 30 tahun itu kini lebih selesa untuk tidak terlalu memikirkan tentang perkahwinan.Bukannya serik, namun kata Hani, apa yang berlaku itu banyak mengajar dirinya untuk tidak terlalu terburu-buru ke arah itu."Sudah dua bulan sebenarnya kami berpisah. Memang saya amat kecewa pada awalnya, tetapi kerana saya telah banyak lalui perkara seperti ini, jadi saya tidak mahu terlalu ikut perasaan sangat."Memanglah saya pernah pasang impian untuk berkahwin tahun ini, tapi nampaknya tiada jodoh. Ada sesuatu yang berlaku antara kami dan akhirnya kami terpaksa ambil keputusan untuk berpisah."Apapun, saya dan dia masih lagi berkawan baik. Kami saling menasihati antara satu sama lain dalam banyak perkara...mungkin kerana kami terlalu kenal diri masing-masing."Tetapi saya tidak nafikan, memang saya sentiasa berfikir tentang perkahwinan. Namun begitu, biarlah masa yang tentukan. Jika ada jodoh, adalah," kata Hani yang ditemui pada majlis pra-pelancaran kad keahlian Celeb Nexus, semalam.Ujar selebriti yang cukup popular dengan program Muzik@Ria ini, ibunya juga sebelum ini amat mengharapkan dia dapat mendirikan rumahtangga secepat mungkin."Dia memang beriya-iya suruh saya kahwin, tapi sekarang ini dia dah tak kisah sangat asalkan saya gembira dengan hidup saya," kata Hani yang mengimpikan sebuah perkahwinan yang sederhana tetapi penuh simbolik.Ditanya apakah ciri-ciri lelaki yang ingin dicarinya kelak, sambil tersenyum, wanita kacukan Melayu-Inggeris ini berkata:"Saya tidak memandang paras rupa. Asalkan dia boleh menghormati saya, berdikari dan matang, itu semua antara kriteria yang memadai buat saya," kata Hani yang menyambut hari lahirnyaRindu dengan Muzik@RiaSetelah program Muzik@Ria dan Ria Sentral mengakhiri musimnya, tidak dinafikan, karier Hani dilihat lebih ke arah lakonan. Anak ketiga daripada empat beradik ini juga akui, rezekinya ketika ini semakin murah di dalam bidang lakonan.Selain menantikan tayangan filem lakonannya, Gentayangan dan Dua Hati Satu Jiwa, Hani juga baru selesai menjalani penggambaran telemovie berjudul Cinta Organik untuk siaran RTM.Namun begitu, kata Hani, karier pengacaraannya masih lagi diteruskan. Hani yang terpaksa melepaskan dua tawaran sebagai hos Anak Wayang dan Pilih Kasih kerana jadual yang padat tidak lama dulu berkata, dia turut berpeluang menjadi hos untuk program sempena Hari Raya iaitu Geng Raya di TV3 yang berkonsepkan ala-Amazing Race.Bercerita tentang karier pengacaraannya itu, kata Hani, dia akui cukup rindu dengan program Muzik@Ria yang banyak menaikkan namanya di dalam industri ini."Rindu sangat saya dengan 'trademark' Watchaa! yang sering saya gunakan dalam program itu dulu. Selama hampir sembilan tahun saya mengendalikan Muzik@Ria, jadi sudah pasti saya sukar untuk lupakan banyak pengalaman tentang program tersebut."Ramai juga yang tanya kenapa Muzik@Ria tidak disambung semula. Begitu juga dengan program Ria Sentral yang saya kendalikan bersama Sazzy Falak, ramai juga yang minta untuk diadakan semula program itu," kata Hani yang meraikan hari lahirnya pada 11 Jun lalu dengan konsep yang cukup menarik yang diuruskan oleh Sazzy.Tutur Hani, majlis hari lahirnya itu bertemakan 'Hani Gives Back' yang mana para tetamu bukan saja membawa hadiah untuk Hani, malah turut membawa buku-buku untuk didermakan kepada rumah kebajikan, Nur Salam.