The Jackson 5, dari kiri: Tito, Marlon, Michael, Jackie dan Jermaine ketika membuat persembahan dalam program "Sonny and Cher Comedy Hour" di Los Angeles pada tahun 1972. - foto APABANG-ABANG Micheal Jackson dilaporkan sedang merancang untuk kemunculan semula 'Jackson 5' di festival muzik Jamaica sebagai tanda penghormatan kepada adik mereka (Michael).Menurut sumber, Marlon, Randy dan Tito Jackson akan menyanyikan lagu-lagu 'Jackson 5' dan lagu-lagu hit solo mereka di Reggae Sumfest dimana festival ini akan berlangsung di pulau tersebut dari 19 Julai hingga 25 Julai. Abang sulung mereka, Jackie Jackson juga dilaporkan masih dalam perundingan untuk menyertai adik-adiknya yang lain.Mereka akan diterbangkan ke Montego Bay pada minggu depan bagi menjalani sesi bertemu peminat.Festival pada tahun ini didedikasikan kepada Michael, yang meninggal dunia pada 25 Jun akibat serangan jantung.