suria

Bapa dakwa wujud 'taktik kotor' dalam kematian MJ

Joe percaya doktor yang memantau kesihatan MJ sebelum ini adalah 'dalang' kepada kematian anaknya itu - foto REUTERS
Joe percaya doktor yang memantau kesihatan MJ sebelum ini adalah 'dalang' kepada kematian anaknya itu - foto REUTERS
Joe percaya doktor yang memantau kesihatan MJ sebelum ini adalah 'dalang' kepada kematian anaknya itu - foto REUTERS

BAPA kepada mendiang Michael Jackson (MJ), Joe Jackson berkata, dia menerima kematian Michael dengan "cukup sukar" dan percaya doktor yang memantau kesihatan MJ sebelum ini adalah 'dalang' kepada kematian Raja Pop itu.

Jackson yang muncul di dalam program Larry King Live di CNN, Isnin lalu merasakan doktor peribadi anaknya, Dr.Conrad Murray, yang mungkin sepatutnya perlu dipersalahkan.

"Doktor itu telah memberikannya sesuatu agar dia (MJ) dapat berehat dan selepas itu, dia terus tidak sedar. Ada sesuatu yang tidak kena di situ," kata Jackson. Dia bagaimanapun tidak merujuk perkara itu kepada Murray beserta nama. Keluarga MJ kini sedang menantikan laporan toksikologi oleh koroner untuk menentukan punca sebenar kematian bintang ternama itu. Laporan keputusan itu dijangka akan dikeluarkan minggu depan.

Menurut sumber, penyiasat mendapat waran geledah dan telah mengambil beberapa botol mengandungi anestetik propofol yang kuat dari kediaman MJ. Menurut Jackson, Murray tidak dapat dijumpai setelah kematian anaknya pada 25 Jun lalu.

"Doktor itu telah melarikan diri. Mereka terpaksa mencarinya selama tiga hari. Bagi saya, ini adalah 'taktik kotor'," kata Jackson.

Pihak polis telah menyiasat Murray, dua hari setelah kematian MJ. Pihak penguatkuasa bagaimanapun berkata, Murray bukanlah suspek, walaupun pakar kardiologi itu adalah kunci utama dalam siasatan tersebut memandangkan dia ada bersama MJ di dalam rumah tersebut dan cuba menyelamatkan penyanyi itu.

Keretanya juga dirampas setelah polis percaya kenderaan tersebut mungkin mengandungi dadah dan pelbagai bukti lain.

Ditanya oleh King bagaimana dia menerima kematian anaknya itu, kata Jackson:

"Saya terima dengan cukup sukar."

Tambah Jackson, dia sendiri tidak tahu di mana mayat anaknya itu disimpan dan belum menerima keputusan daripada proses autopsi kedua yang dibuat atas permintaan keluarganya.

Artikel Lain