Chris Brown telah menghantar klip berdurasi dua minit di laman web YouTube dengan menyatakan kekesalannya yang teramat berhubung pergaduhan itu - foto AP CHRIS Brown telah memohon maaf kerana tindakannya mencederakan bekas teman wanitanya Rihanna, menerusi laman video popular, YouTube.Penyanyi itu yang mengaku kesalahannya bulan lalu, telah menghantar klip berdurasi dua minit di laman web itu dengan menyatakan kekesalannya yang teramat berhubung pergaduhan itu. Menurut penyanyi berusia 20 tahun itu, dia menerima "tanggungjawab sepenuhnya" gara-gara memukul penyanyi R&B itu yang turut menyebabkan kecederaan."Saya beritahu Rihanna banyak kali dan saya beritahu kamu hari ini bahawa saya benar-benar kesal saya tidak dapat uruskan situasi dengan cara yang lain dan baik," kata Brown.Brown perlu menghadiri kursus mengurus kemarahan dan melakukan khidmat komuniti sebagai hukuman terhadap kesalahannya itu.