Penyani Leona Lewis bergambar ketika berada di Sunset boutique, Hollywood, California. foto-APPENYANYI British, Leona Lewis pernah menyelamatkan seekor arnab daripada dimakan oleh seorang lelaki.Ketika itu penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Bleeding Love' sedang berjalan di sebuah jalan raya di Los Angeles dan ternampak seorang lelaki yang tidak mempunyai tempat tinggal duduk memegang seekor arnab yang berwarna putih. Leona, seorang yang sangat sayangkan binatang terus bertanya kepada lelaki tersebut apa yang hendak dilakukanya terhadap arnab itu."Tak tahulah, mungkin saya akan jadikan hidangan saya malam ini," kata lelaki itu.Leona terkejut apabila mendengarnya dan terus memberikan lelaki itu 100 dolar dan menyuruhnya membeli 'makanan' lain.Semenjak dari peristiwa itu, penyanyi berusia 24 tahun itu terus memelihara arnab tersebut dan membawanya ke kediaman beliau di Hollywood Hills."Leona menamakan arnab itu sebagai Melrose."Dia membeli-belah di Melrose Avenue minggu lepas ketika dia ternampak lelaki tersebut sedang memegang arnab itu," lapor sebuah akhbar yang memetik kenyataan kawan Leona Lewis.