suria

Jessica Biel bersenam 5 jam sehari untuk melangsingkan bentuk badanya.

Jessica Biel bergambar ketika mempromosikan filem barunya 'Easy Virtue' di Beverly Hills, California. foto-REUTERS

PELAKON Jessica Biel mengatakan yang dia bersenam 5 jam sehari supaya bentuk badannya kelihatan langsing.

"Saya bersenam lima jam sehari dan kadang-kadang lebih dari itu kalau terlibat dalam pengambaran filem.

"Ia sangat susah dan memenatkan," katanya.

Selain melakukan senaman Jessica juga mengamalkan diet yang seimbang, lapor sebuah akhbar.

"Sebenarnya saya makan semua jenis makanan, tetapi saya akan makan sebahagian sahaja.

"Tiada yang menghalang saya dari makan apa yang saya mahukan... saya makan apa yang saya hendak cuba tapi hanya sedikit sahaja, bukan sehingga habis," katanya lagi.

Jessica Biel kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan penyanyi Justin Timberlake.

Artikel Lain