suria

Shah Rukh beli apartment mewah 20 juta pound di London

Shah Rukh Khan menerima Ijazah Falsafah Kehormat (PhD) dalam bidang kesenian dan kebudayaan dari Universiti Bedfordshire, di London. foto-REUTERS
Shah Rukh Khan menerima Ijazah Falsafah Kehormat (PhD) dalam bidang kesenian dan kebudayaan dari Universiti Bedfordshire, di London. foto-REUTERS
Shah Rukh Khan menerima Ijazah Falsafah Kehormat (PhD) dalam bidang kesenian dan kebudayaan dari Universiti Bedfordshire, di London. foto-REUTERS

BINTANG terkenal Shah Rukh Khan khabarnya telah membeli sebuah apartmen berharga 20 juta pound di kawasan mewah kota London.

Menurut laporan berita, apartmen ini yang termewah pernah dibeli oleh orang luar.

'Raja Bollywood' yang baru-baru ini mendapat anugerah doctorat dari Universiti Bedfordshire di atas sumbangannya yang besar pada sinema India, sering meluangkan masa berlibur bersama keluarga di kota London.

Menurut sumber, Shah Rukh telah lama berhasrat untuk memilikki sebuah kediaman di kota London dan teringin sekali mencari apartmen di kawasan Park Lane, di tengah-tengah bandar London.

Selain menjadi tempat berlibur keluarga, apartmen di London itu akan dijadikan pejabat produksinya.

Shah Rukh, yang baru saja selesai penggambaran filem "My Name Is Khan", juga memilikki sebuah di Palm Jumeirah, sebuah pulau ekslusif di Dubai. Sebuah boulevard juga dinamakan dengan nama Shah Rukh Khan sebagai satu penghormatan pada ebliau. Boulevard ini terletak di pulau Al Dana di Ras Al Khaimah, UAE.

Selain Shah Rukh Khan, lain-lain selebriti Bollywood yang membeli rumah di London termasuk Shilpa Shetty (setelah memenangi pertandingan 'Big Brother' di Channel 4) dan Anil Kapoor dan pelukis terkenal M F Hussein, yang gemar berkaki ayam ke mana saja di kota London.

Shah Rukh Khan, hero filem Bollywood ini dianugerahkan pingat 'Datuk' oleh kerajaan negeri Melaka pada tahun 2008.

Selebriti yang menjadi idola berjuta orang itu baru saja mengunjungi Malaysia beberapa hari yang lalu untuk menghadiri majlis Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) di Hotel Marriot Putrajaya atas jemputan Penaung YAKEB, Datin Seri Rosmah Mansor.

Artikel Lain