suria

Kanye West begitu yakin dia pengganti Michael Jackson

Kanye West terlalu 'confident' dia boleh menggantikan Michael jackson
Kanye West terlalu 'confident' dia boleh menggantikan Michael jackson
Kanye West terlalu 'confident' dia boleh menggantikan Michael jackson

BINTANG hip-hop Kanye West sangat yakin dia adalah pilihan terbaik untuk bergelar 'Raja Pop' yang baru bagi menggantikan mendiang Michael Jackson.

Kanye percaya dia sepopular Michael. Dengan ketiadaan penyandang gelaran Raja Pop itu lagi, Kanye berasa dia layak untuk mendapatkan gelaran tersebut.

Michael Jackson meninggal dunia secara mengejut bulan lalu dipercayai ekoran sakit jantung. Laporan autopsi mendiang masih belum dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

"Anda tahu semua orang sayang dan hormat Michael tetapi zaman berubah. Adalah menyedihkan Michael meninggalkan kita selama-lamanya.

"Namun, ini merintis jalan kepada kemunculan Raja Pop yang baru dan saya bersedia untuk mengambil gelaran itu. Tiada sesiapa artis boleh menandingi saya dari aspek jualan.

"Oleh itu, tidak keterlaluan saya mengambil alih takhta Michael sekali gus digelar Raja Pop yang baru," media melaporkan Kanya sebagai berkata.

"Pertamanya, terdapat Elvis (Presley). Kemudian, muncul Michael Jackson. Pada abad ke-21 ini, sampai masanya untuk Kanye mengambil alih. Saya adalah Raja Pop terkini," tambah Kanye.

Artikel Lain