Christina Aguilera bergaya mengambil gambar setibanya di The Cannes Festival Palace untuk menghadiri The NRJ Music Awards, di Cannes, Perancis pada 20 Januari, 2007. -foto REUTERSPENYANYI pop, Christina Aguilera mendedahkan dia bertambah seksi selepas menjadi ibu.Bintang handalan itu melahirkan bayi lelaki, Max - cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan suami Jordan Bratman Januari lalu. Menurut laporan media, Christina mengakui pasangannya telah menyuntik keyakinan kepadanya untuk memelihara tubuh badan pasca-bersalin.Malah katanya, pengalaman mengandung secara keseluruhannya menjadikannya lebih seksi."Sejak menjadi ibu, saya berasa saya lebih berpengetahuan dan ini 'mencantikkan' saya. Saya berasa lebih terarah sekali gus memberikan saya keyakinan dan tampil seksi," katanya.;"Pada satu malam, saya dan suami berada di bilik mandi bersedia untuk tidur. Saya memberitahunya tubuh badan saya telah berbeza selepas melahirkan anak."Suami saya beritahu,"Awak berjenaka? Itu yang membuat anda lebih seksi"," kata Christina.