TIGA hari lalu, vokalis Rabbani, Ustaz Asri yang meninggal dunia semalam mengakui dia pernah menasihati sahabat baiknya, penceramah dan penyanyi Akhil Hayy yang dilanda begitu banyak kontroversi di dalam rumah tangganya hingga membawa kepada penceraian.Lantas, mStar Online sempat mendapatkan Akhil yang popular dengan gelaran ustaz rock itu tentang komennya sepanjang setahun mengenali rapat dengan arwah Asri. Menurut Akhil, dia agak sedih dan terkejut apabila mendapat tahu tentang pemergian Asri pada pagi tadi.“Saya berasa sedih sebab Ustaz Asri ibarat suatu mutiara indah yang sukar dicari dari segi dakwah dan keseniannya.“Susah nak cari orang sepertinya yang sentiasa melakukan persembahan seni yang ‘perfect’ dari segi penyampaian vokal dan kerja seni.“Sebab itu Allah mengambilnya terlebih awal (pada usia 40 tahun) kerana Allah sayangkan dia yang bersih.“Biasalah, orang hebat sepertinya Allah akan ambil cepat,” luah Akhil yang turut melawat jenazah arwah Asri di Hospital Pantai, Bangsar.Akhil juga menganggap Asri sebagai seorang yang mempunyai pertalian yang baik dengan Allah dan manusia.“Dia (Asri) dah sampaikan apa yang patut disampaikan. Jadi, Allah ambil dia dalam keadaan yang bersih,” kata AkhilAkhil turut ditanya tentang nasihat yang pernah diberikan oleh Asri sepanjang dia dilanda kontroversi penceraian sebelum ini.“Sebagai kawan, dia banyak tenteramkan dan tenangkan saya. Dia seorang sahabat yang baik dan tak pernah menimbulkan apa-apa masalah dengan saya,” ujar Akhil yang pernah berduet menerusi lagu ‘Sesungguhnya’ dengan Asri dan Mawi.Akhil juga sempat berkongsi tentang momen yang masih diingatinya sehingga kini yang seolah-olah memberikan petanda arwah akan ‘pergi’.“Tiga hari lepas, dia bagaikan memberi satu tanda kepada saya yang dia akan pergi semasa kami sama-sama melakukan pengambaran rakaman takbir raya di Masjid Al-Falah, Petaling Jaya untuk Astro Oasis.“Dia mengetuai bacaan takbir itu dan duduk disebelah saya dan Ustaz Dzulkarnain.“Waktu kami hendak makan, saya tengok dia duduk sorang-sorang di satu sudut. Saya nampak pelik dan terus tanya, sheikh (gelaran untuk Asri) jauh benar duduk..dia jawab ana panas, nak duduk dekat kipas.“Orang Melayu kata, kalau orang tu berkelakuan pelik ia seperti tanda-tanda...,” cerita Akhil dalam nada sayu mengenangkan seorang lagi sahabatnya yang pergi menghadap Ilahi.