suria

Wan Sharmila tari sampai kulit kaki terkopek dalam 'Tari Tirana'

Minat Wan Sharmila Wan Mohammed (dua dari kiri) dalam bidang tarian memudahkannya menjiwai watak Tirana dalam filem siri tarian 26 episod di slot Lestary, TV3 ini. -foto MSTAR
Minat Wan Sharmila Wan Mohammed (dua dari kiri) dalam bidang tarian memudahkannya menjiwai watak Tirana dalam filem siri tarian 26 episod di slot Lestary, TV3 ini. -foto MSTAR
Minat Wan Sharmila Wan Mohammed (dua dari kiri) dalam bidang tarian memudahkannya menjiwai watak Tirana dalam filem siri tarian 26 episod di slot Lestary, TV3 ini. -foto MSTAR

SELEPAS tiga tahun berlakon sebagai watak sokongan atau sampingan, aktres Wan Sharmila Wan Mohammed, 28, akhirnya berkesempatan memegang watak utama.

Wan Sharmila memegang watak utama Tirana dalam drama siri tarian pertama, "Tari Tirana" di saluran TV3.

Untuk menghadapi perjalanan kerjaya seni yang penuh dengan liku-liku serta menghadapi pelbagai cabaran, dia telah "mengorbankan" banyak perkara misalnya kullit kaki dan rambutnya sekali!

"Memang sangat seronok berlakon watak Tirana, tetapi amat penat sampai kulit kaki terkopek-kopek. Saya asyik berdansa selama berjam-jam. Kaki sakit sangat. Lepas itu, kena naik tangga dan turun tangga.

"Jangan lupa kami kena shooting beberapa kali untuk satu-satu babak," katanya dalam majlis ramah mesra bersama pelakon drama bersiri 'Tari Tirana' di Platinum Movie Suite, Cathay Cineplex, Cineleisure Damansara, semalam.

"Tari Tirana" mengisahkan seorang gadis bernama Tirana (Wan Sharmila) yang berusaha untuk menubuhkan kumpulan tariannya sendiri bagi memasuk pertandingan tarian namun terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan.

Drama 26 episod ini akan menemui penonton TV3 di slot Lestari mulai 25 Ogos 2009. "Tari Tirana" dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Wan Sharmila, Shaz Jazle, Ammar, Noryati Taib, Faizul, Ruzana Ibrahim, dan Wan Sharmilla.

Bagi pemenang gadis Pantene Anugerah Skrin 2008 ini, dia turut mengorbankan mahkota di kepalanya. Jika dulu dia memiliki rambut hitam yang panjang mengurai, sekarang dia berambut kerinting dan berona perang persis gadis Korea.

"Saya sangat sayang rambut saya tetapi demi pegang watak ini, saya relakan ia dikerintingkan," ujar Wan Sharmila, isteri kepada penerbit Radius One Sdn Bhd, Fazli Baharom.

Mengenangkan kali keduanya dia pergi mendapatkan rawatan untuk rambutnya, Wan Sharmila memberitahu, pendandan rambut telah menasihatkannya agar berhati-hati mengendalikan "aset kepalanya" itu.

Kata Wan, pendandan rambut menasihatkan agar duduk berhati-hati dan tidak menekan rambutnya. "Malah masa tidur pun kena tidur dengan tidak menghenyet rambut kerinting saya."

"Dulu, saya hanya gunakan tangan untuk membentuk gaya rambut,... sekarang tak boleh," keluh wanita berusia 28 tahun ini tetapi kelihatan jauh lebih muda.

Walaupun dia memperagakan rambut yang baru, Wan Sharmila bimbang penerimaan penonton terhadap rambut barunya itu.

Ini kerana katanya, watak utama wanita yang popular rata-ratanya mereka yang berambut stereotaip. friged, kulit putih dan rambut panjang.

"Hakikatnya, saya sangat bimbang sebab tidak tahu reaksi atau maklum balas yang diberikan oleh orang ramai terhadap penampilan terbaru saya," katanya yang pernah membintangi filem 'Kisah Kaisara' dan 'Sinderella'.

Kebimbangan itu turut timbul ekoran kulitnya yang hitam manisnya. Bagaimanapun, Wan Sharmila tidak mempedulikan semua perkara tersebut kerana dia amat meminati watak Tirana.

Umum mungkin tidak sedar Wan Sharmila sebenarnya sangat gemar menari - sesuai dengan watak Tirana. Dia mengakui tawaran berlakon itu bak kata pepatah "pucuk dicita, ulam mendatang".

"Saya pernah belajar menari di sekolah, menjadi penari secara sambilan dan mempunyai kumpulan tarian sendiri, kata Wan Sharmila yang pernah menjadi penari back-up untuk Ratu Etnik Tradisional, Noraniza Idris serta mengikuti kelas tarian Linda Jasmine.

Oleh itu, katanya, dia selesa berdansa dalam filem yang dapat menonjolkan bakat terpendamnya selama ini iaitu menari walaupun kulit kaki terkopek dan kecantikan rambut asalnya tergadai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain