Kate Moss ketika tiba di 'CFDA fashion awards' di New York. foto-APMODEL terkenal Kate Moss terkejut apabila melihat gambarnya sewaktu tengah berjemur dibawah matahari di St.Tropez, France, kerana dia kelihatan seperti seorang wanita sudah berumur dan kelesuan.Sebuah laman web melaporkan model berusia 35 tahun itu kini bercadang untuk membuat rawatan 'lebih muda 10 tahun' supaya dia kelihatan lebih muda. "Kate tidak suka apabila melihat gambar terbarunya ketika dia sedang bercuti."Dia tahu puncanya adalah kerana gaya hidup yang diamalkannya kini, sebab itu dia mahu membuat rawatan untuk mengembalikan kecantikan," kata suatu sumber.