suria

Bekas Doktor peribadi MJ, Conrad Murray mungkin akan didakwa

Dr. Conrad Murray dikatakan orang yang bertanggungjawab memberikan propofol kepada Michael Jackson. foto-REUTERS
Dr. Conrad Murray dikatakan orang yang bertanggungjawab memberikan propofol kepada Michael Jackson. foto-REUTERS
Dr. Conrad Murray dikatakan orang yang bertanggungjawab memberikan propofol kepada Michael Jackson. foto-REUTERS

BEKAS doktor peribadi Michael Jackson mengatakan pihak polis memutar belit mengenai dakwaan terhadap dirinya semalam menyebabkan timbul laporan yang mengatakan dirinya akan ditangkap pada bila-bila masa.

Peguam Dr. Conrad Murray menganggp detik-detik akhir Michael Jackson seperti yang dilaporkan sebelum ini adalah 'teori polis' semata-mata.

Semalam salinan laporan koroner Los Angeles menyebut, badan Raja Pop itu mempunyai kandungan anestatik Propofol yang cukup tinggi.

Detektif menklasifikasikan kematian Michael berkemungkinan besar sebagai kes bunuh.

Kakak Michael, LaToya Jackson memuji siasatan yang telah dilakukan oleh polis.

"Saya mengharapkan keadilan akan dilaksanakan terhadap individu yang terlibat dalam kes bunuh adik saya.

"Saya berterima kasih kepada penyiasat kerana telah memberitahu perkara sebenar kepada semua orang," katanya.

Semalam peguambela AS yang terkenal, Roy Black, memberitahu dalam satu siaran TV bahawa, pendedahan terbaru mengenai kematian Michael yang diperolehi daripada pejabat koroner LA , berkemungkinan besar akan menyabitkan Dr. Conrad dengan kesalahan jenayah.

"Saya fikir Dr. Conrad akan didakwa selepas ini," katanya.

Tegas beliau pengunaan anestatik propofol terhadap Michael tanpa rujukan pakar akan menyebabkan Dr. Conrad didakwa sebagai 'cuai dalam menjalankan tugas' sehingga menyebabkan kematian oleh pendakwaraya.

Sebuah siaran TV mengatakan Dr. Conrad akan ditangkap dan didakwa tidak lama lagi atas tuduhan kes bunuh.

Bagaimanapun Doktor Conrad Murray menafikan semua dakwaan yang mengatakan dia adalah punca kematian penyanyi terkenal itu.

Peguamnya, Ed Chernoff berkata: "Apa yang terkandung dalam affidavit waran geladah tersebut ada yang memang fakta tetapi lebih banyak adalah 'teori polis' semata-mata."

Peguam Dr. Conrad bagaimanapun tidak menyatakan secara lanjut apakah perkara dalam affidavit tersebut yang hanya direka-reka.

Pejabat Koroner Los Angelese masih lagi enggan memberi komen berhubung dengan kematian Michael yang dikatakan berpunca daripada propofol.

Artikel Sebelum

Artikel Lain