Chris Brown meninggalkan perkarangan Mahkamah di Los Angeles selepas hakim menjatuhkan hukuman. foto-AFP PENYANYI Chris Brown dijatuhkan hukuman 5 tahun di bawah pengawasan dan enam bulan kerja amal kerana kesalahanya menyerang dan mencederakan bekas teman wanitanya Rihanna awal Februari lepas.Selain itu, Chris mestilah menghadiri satu program pencegahan keganasan rumahtangga selama 52 minggu dan perlu patuh kepada undang-undang yang melarangnya mendekati Rihanna dalam jarak lingkungan 100 meter serta tidak mengungutnya dengan apa cara sekalipun. Bagaimanapun Chris, 20, dibenarkan untuk membuat kerja amal tersebut di negerinya sendiri iaitu Virginia, tetapi dia mestilah melapor diri kepada hakim di California setiap tiga bulan.Chris Brown ditangkap beberapa jam selepas dia mencederakan Rihanna dan mengaku bersalah atas tindakanya itu.Baru-baru ini Chris memohon maaf kepada Rihanna dan peminatnya berhubung insiden tersebut melalui satu rakaman video.