"Kalau dari segi rupa paras, dia (Megan) mungkin lebih cantik tetapi saya ada lebih banyak kelebihan lain yang dia tidak ada." - Angelina Jolie. - foto APDUA selebriti terkenal Hollywood Angelina Jolie dan Megan Fox akan bersaing untuk berlakon sebagai watak Barbarella dalam filem lakonan semula tahun 1968 yang bertajuk sama."Inilah kali pertama Angie dan Megan akan bersaing untuk berlakon dalam sebuah filem," kata sumber daripada studio rakaman filem tersebut. "Siapa yang berjaya mendapat watak itu, maka tidak boleh disangkal lagi dialah simbol seks Hollywood nombor satu," kata sumber itu lagi.Sebelum ini filem asal itu telah berjaya menjadikan Jane Fonda sebagai simbol seks Hollywood dalam sekelip mata sahaja.Angelina dan Megan sebelum ini sering dikatakan mempunyai persamaan."Kalau dari segi rupa paras, dia (Megan) mungkin lebih cantik tetapi saya ada lebih banyak kelebihan lain yang dia tidak ada," kata Angelina."Dia (Angelina) ialah selebrti terhebat Hollywood. Saya bukanlah tandingannya," kata Megan.Produser filem itu sebelum ini, Dino De Laurentiis, percaya bahawa hanya dua orang bintang terkenal tersebut yang dapat menjamin filem yang menelan belanja 15o juta dolar itu akan mencapai kutipan box office.