suria

Temubual eksklusif MJ ditayangkan sehari selepas hari pengebumiannya.

James Brown dan kumpulan Bee Gees menjadi sumber inspirasi Raja pop, Michael Jackson. foto-AP
James Brown dan kumpulan Bee Gees menjadi sumber inspirasi Raja pop, Michael Jackson. foto-AP
James Brown dan kumpulan Bee Gees menjadi sumber inspirasi Raja pop, Michael Jackson. foto-AP

SATU temubual Michael Jackson yang belum pernah lagi disiarkan telah ditayangkan di AS.

Dalam rancangan temubual itu bersama Brett Ratner, Michael bercerita tentang idolanya James Brown dan The Bee Gees.

Michael mendedahkan bahawa James Brown dan kumpulan The Bee Gees merupakan sumber inspirasi kepada dirinya.

"James Brown merupakan seorang penghibur yang sebenar. Persembahannya pasti akan mengejutkan anda. Kadangkala kami naik ke pentas untuk belajar darinya... saya akan berada di hujung sekali dan belajar setiap pergerakannya," kata Michael kepada Brett Ratner.

Michael juga mengatakan nyanyian kumpulan Bee Gees sangat menyentuh perasaannya: "Saya menangis mendengar muzik mereka."

Di akhir rancangan Raja pop itu dan Brett menyanyi karaoke bersama-sama. Mereka menyanyikan lagu kumpulan Bee Gees.

Artikel Sebelum

Artikel Lain