Hubungan Nicole Schezinger (kanan) dan Lewis Hamilton (kiri) dilaporkan mungkin berakhir. foto-AP PENYANYI terkenal Nicole Scherzinger dikatakan telah berpisah dengan teman lelakinya pemandu kereta Formula 1, Lewis Hamilton.Mereka mula menjalinkan hubungan pada tahun 2007 dan sejak itu Nicole berkali-kali mendesak Hamilton supaya hubungan mereka dapat pergi lebih jauh. Menurut sesetengah laporan, atas sebab itulah, Hamilton, 24, ingin memutuskan hubungan mereka kerana dia belum bersedia untuk berkahwin."Lewis tertekan dengan permintaan Nicole. Dia belum bersedia untuk bertunang apatah lagi berkahwin dan memiliki anak," kata satu sumber."Lewis masih lagi muda dan dia belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Nicole menaruh harapan yang tinggi untuk bersama-sama dengan Lewis. Dia (Nicole) memang terkejut dengan keputusan Lewis itu," kata sumber itu lagi.