suria

Anak perempuan Cher-Sonny Bono jalani pembedahan tukar jantina

Anak perempuan Cher dan mendiang Sonny Bono, Chastity Bono akan menjalani pembedahan untuk pertukaran jantina kepada lelaki dan akan menukar namanya kepada Chaz Bono. - foto AP
Anak perempuan Cher dan mendiang Sonny Bono, Chastity Bono akan menjalani pembedahan untuk pertukaran jantina kepada lelaki dan akan menukar namanya kepada Chaz Bono. - foto AP
Anak perempuan Cher dan mendiang Sonny Bono, Chastity Bono akan menjalani pembedahan untuk pertukaran jantina kepada lelaki dan akan menukar namanya kepada Chaz Bono. - foto AP

ANAK perempuan Cher dan mendiang Sonny Bono akan menjalani pembedahan untuk pertukaran jantina kepada lelaki.

Selepas ini, Chastity Bono, akan menukar namanya kepada Chaz Bono.

Pada 11 Jun lepas. jurucakap Chastity, Howard Bragman mengeluarkan satu kenyataan bertulis yang menyatakan Chastitiy akan menjalani pembedahan pertukaran jantina itu secara berperingkat.

Pembedahan tersebut dilaporkan sudah pun bermula pada bulan Jun tahun lepas dan dijangka akan 'selesai' pada tahun 2010

Sebelum ini Chastity Bono secara terbuka menceritakan kepada umum mengenai kehidupan lesbiannya sejak dia berusia 18 tahun.

Dia membuat keputusan untuk menukar jantina selepas meraikan hari jadinya yang ke-40.

Chastity merupakan seorang aktivis 'gay', penulis, dan bintang realiti TV.

Kenyataan jurucakap Chastitiy itu menyebut: "Chaz, akhirnya membuat keputusan yang berani itu selepas sekian lama bercadang untuk melakukannya. Chaz mahu mendedahkan identitinya yang sebenar. Beliau berbesar hati dengan keputusannya itu dan gembira dengan sokongan yang diberikan orang disekelilingnya. Chaz berharap keputusannya itu akan membuka mata masyarakat umum terhadap isu-isu seperti itu.

"Media diharap dapat memahami dan menghormati apa yang dilalui oleh Chaz dalam tempoh masa ini kerana ia merupakan sesuatu yang peribadi baginya, dia tidak akan membuat sebarang kenyataan sehinggalah pembedahan tersebut selesai," kata jurucakap Chastity.

Ahli Kongres dari parti Republikan, Mary Bono, bekas isteri Sonny, menyokong tindakan Chastity dan berharap keputusannya itu dihormati oleh semua orang.

Ayah Chastity, Sonny Bono merupakan penerbit rakaman, penyanyi, pelakon dan ahli politik.

Beliau pernah menjadi calon parti Republikan dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada tahun 1994.

Pada tahun 1998, Sonny meninggal dunia dalam satu kemalangan di South Tahoe, California.

Artikel Sebelum

MJ mempunyai satu senarai 'musuh'

Artikel Lain