Aktor-aktor dan kuda-kuda membuat persembahan 'Ben Hur Live' semasa tayangan perdana di The O2 Arena, di London pada 15 September 2009. -Foto REUTERSO2 Arena di London bakal 'ditransformasikan' menjadi Neverland apabila koleksi memorablia Michael Jackson (MJ) dipamerkan, demikian menurut satu sumber.Mendiang Raja Pop itu sepatutnya beraksi di situ untuk siri konsertnya. Menurut sumber, memorablia MJ akan dihantar dari Amerika Syarikat ke Britain untuk tatapan para peminatnya."Rundingan telah berlangsung agak lama. Semua orang berminat bagi memastikan para peminat MJ yang mempunyai tiket-tiket konsert tersebut masih dapat menghayati peninggalan mendiang," media memetik satu sumber sebagai berkata.Keluarga Jackson nampaknya membenarkan barangan kepunyaan Jackson dipamerkan.Sumber dalaman berkata: "Akhirnya keluarga mendiang telah memberi kebenaran dan sedang mencari artifak khas daripada peninggalan MJ."Ayah MJ, Joe pula memberitahu legasi anaknya akan berterusan.Pameran di O2 membolehkan para peminat MJ mengamati barang-barang kepunyaan Jackson secara lebih dekat.