suria

Jessica Alba sering dibuli semasa zaman persekolahannya

Aktres Jessica Alba ketika menghadiri Mesyuarat Inisiatif Global Clinton (CGI) di New York. foto-AP
Aktres Jessica Alba ketika menghadiri Mesyuarat Inisiatif Global Clinton (CGI) di New York. foto-AP
Aktres Jessica Alba ketika menghadiri Mesyuarat Inisiatif Global Clinton (CGI) di New York. foto-AP

AKTRES Jessica Alba pernah menjadi mangsa buli semasa bersekolah di Los Angeles sehingga ayahnya terpaksa menemaninya ke kelas.

Dia juga terpaksa makan berseorangan di sebuah bilik jururawat kerana takut dibuli.

Menurut aktres yang pernah dinobatkan sebagai wanita paling seksi didunia itu, dia seorang yang pemalu dan kekok ketika zaman persekolahannya menyebabkan dirinya sering menjadi mangsa buli.

"Saya dibuli dengan teruk sehinggakan ayah saya terpaksa menghantar saya sampai ke kelas supaya saya tidak dikacau," kata aktres jelita itu.

"Saya makan tengahari di sebuah bilik jururawat untuk mengelakkan daripada terserampak dengan pelajar lain yang suka membuli," ujar Jessica lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain