suria

SRK tak benarkan Gauri pakai skirt dan kemeja-T

"Pada masa itu saya tak pasti kalau Gauri benar-benar cintakan saya sepertimana saya cintakan dirinya" - Shah Rukh Khan. foto-AP
"Pada masa itu saya tak pasti kalau Gauri benar-benar cintakan saya sepertimana saya cintakan dirinya" - Shah Rukh Khan. foto-AP

GAURI Khan, isteri kepada pelakon paling popular Bollywood Shah Rukh Khan, terkenal dengan mengenakan fesyen yang bergaya.

Namun tidak ramai yang tahu bahawa satu masa dahulu SRK tidak mahu Gauri memakai skirt dan kemeja-t ketika mereka keluar bersama kerana sifat cemburunya.

"Saya tak suka kalau Gauri lepaskan rambutnya. Dia seorang yang sangat cantik dan menawan sebab itu saya tidak mahu dia memakai skirt dan kemeja-T!

"Bagaimanapun saya berjanji tidak akan mengongkongnya selepas kami sudah berkahwin," kata Raja Bollywood itu.

SRK dan Gauri berkahwin pada tahun 1991.

"Pada masa itu saya tak pasti kalau Gauri benar-benar cintakan saya sepertimana saya cintakan dirinya," kata aktor berusia 43 tahun itu lagi.

Menurut beliau, bukan sahaja dia sendiri yang menganggap Gauri sebagai wanita yang paling menawan, malahan anak mereka sendiri, Aryan, mengatakan Gauri lebih cantik daripada aktres Hollywood, Angelina Jolie.

"Sekarang ini, kalau Gauri menghadiri parti dengan memakai skirt panjang, Aryan akan menyuruhnya supaya tidak memakai pakaian seperti itu kerana dia sendiri tidak suka," kata SRK sambil ketawa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain