BEKAS ratu cantik dan pelakon Sushmita Sen mengaku dia sentiasa menyibukkan dirinya dengan kerja.Dia tidak mempunyai apa-apa filem sepanjang tahun 2008 dan tahun ini kedua-dua filemnya, ‘Karma, Confessions and Holi’ dan ‘Do Knot Disturb’ telah ditayangkan. “Saya merupakan seorang yang sangat sibuk. Saya hanya menjadi sebahagian orang yang sentiasa mengkaji perkara yang berbeza dan mengerah tenaga saya untuk melihat apa yang menarik.“Kebanyakan masa saya lebih banyak berada di luar negara untuk berlakon beberapa filem,” beritahu Sushmita.“Saya juga banyak menyibukkan diri dengan proses ‘dubbing’ dan promosi filem-filem saya.“Selain itu, saya turut menguruskan syarikat saya yang lain untuk mengisi masa saya sepanjang tahun ini,” tambahnya.Projek filem terbarunya pada masa akan datang termasuk ‘Dulha Mil Gaya’ dan ‘No problem’.